Saturday, October 22, 2011

Lagi Cerita Dora

Dora Si Kucing zuhud datang tiap2 hari ke rumah oren. Skang rezeki dia sangat melimpah ruah..hehe...Sebabnya,  Cik k.Y selalu beli makanan kucing n bagi dora n anak2 dia makan. Nasib baiklah si Dora nie xwat perangai dalam umah oren, lepas makan jer dia terus keluar.
Anak Dora, ntah dari generasi ke-berapa, dah mula berani masuk umah oren. xkisah kalau yg perangai baik. Tapi Si Doris, anak Dora yg paling besar, suka datang n bwak geng dia yang suka berak dan kencing merata2. kesudahannya, Si Doris di Black lisat dari memasuki R.O.
Anak Dora, yang sekor tuh ader yang bulu kembang...comel sangat...yang nie jek yang lain dari adik beradik yang lain walaupun rupa parasnya masih mengekalkan rupa Si Dora...Harharhar...Apa boleh buat.......Genetik Si Dora sangat kuat. hehe~ Apa nama Si anak Dora nie? Ermm...Saya kasi nama Remi. Kenapa nama tuh? sebab dia betina laa..."mi" tukan untuk nama2 betina (tah sapa tah yg tetapkan.....*peraturan penamaan Si Jelita*)
Seekor lg si anak Dora yang selalu datang ke R.O, dan rasanya sama peringkat dangan Si Remi, bermuka sebijik saling x tumpah macam Dora. Macam kena Fotostat...Hoho..Jadi saya letak namanya Fotostat. Hahaha~ kena tipu! bukanlah....saya kasi nama Redo. Kenapa nama nie? ...laa...tanya lagi, dah ada Mi ngan Re, mestilah ada Do..tukan asas muzik...mana boleh tinggal..hoho..
Cukuplah dulu cerita si Dora nie, penat dah jari jemari I yang gebu nie menaip~ hoho~






Indahnya Nikmat Tidur

Sebelum ni saya langsung xterfikir bahawa tidur adalah satu rahmat yg tidak ternilai harganya. Saya selalu merungut, setiap kali ingin memulakan kerja, saya pasti rasa mengatuk. Malah saya juga tidur xtentu masa dan sejak akhir nie saya tidur pukul 2,3 pagi dan bangun bila subuh tiba....siang berjaga sepanjang masa. Tidur yg sangat xteratur.
Allah itu Maha hebat! Hari rabu lepas, hinggalah sekarang, saya deman. 2hari saya langsung xdapat tidur walau seminit pun. Ya Allah! hanya DIA yg tahu bertapa siksanya. Saya telan ubat deman selsema yg dijamin mengantuk. Memang lepas tu saya rasa mengantuk sangat, letih sangat...tapi langsung xleh tido. Habis ubat deman selsema, saya telan pulak panadol, tp mata saya tetap degil. Puas saya pejam mata, puas saya bergolek kekiri dan kekanan, saya berzikir dan berdoa, tapi tetap xberhasil.
Ya Allah! begini rupanya bila seseorang tu terkena imsonia. Deman dan xdpat tidur buat badan saya letih berganda2. seluruh badan bergetar2 keletihan. Sel2 badan terasa letih sekali, sendi2 terasa lenguh. Sangat sakit........Sangat letih.......Sangat tersiksa...Hanya Allah tahu.
Saya keklinik semalam (jummaat). Dr. yang baik hati bg ubat batuk yg paling kuat dan mengatuk. Balik rumah, saya terus telan ubat, saya naik katil dan saya berdoa pada Allah....." Ya Allah! aku tahu aku hamba-Mu yang xbersyukur, Ampunkan aku Ya Allah! Ampunkan aku Ya Allah! Ampunkan aku Ya Allah! Janganlah kau tarik nikmat tidur dariku. Tolonglah hamba-Mu ini. Amin"
Allhamdulillah...saya tidur dengan nyenyaknya dari pukul 12malam hingga 6pg. Saya bangun Dengan keadaan  yg berbeza. Badan terasa ringan, deman mula kebah dan lenguh2 badan juga hilang. Ya Allah! bertapa bersyukurnya saya. tidak terucap dengan kata2. Lantas setelah solat subuh, saya buat sujud syukur. Berterima kasih pada-Nya Yang Maha Esa kerana masih memberi saya merasai nikmatnya tidur.



~Alhamdulilah! Alhamdulilah! Alhamdulilah!~



Orang Baru

Sekarang R.O dah ade 3 ahli baru tau. diorang masuk selepas raya hari tuh, skang dah nak masuk 2 bulan dah. semuanya orang klate...hahaha...dah xmajmuk seperti sebelum nie dah...hehhe..klu ader pun Cik F sorang jelah...die Ghanu mari.
Diorang tu, Kak Yan (Cik K.Y), Naemah (Cik N) dan Nabila (cik B). diorang nia sangat baik dan senang nak masuk geng. nak bawak berbincang pung xder masalah. soo..R.O xsunyi lagi....Yee haa!!

Monday, September 12, 2011

Senyum penuh makna

Hari nih ramai orang mula menjalankan aktiviti senyum2 sebab bayak iklan yang menggalakkan kiter semua senyum.

xdiakui, senyum banyak faedahnye, disamping dapat pahala, ia juga adalah sebagai senaman muka yang paling mudah dan seyuman dapat mengeratkan silratul rahim.

Cuba anda bayangkan.....jika anda pergi ke sebuah bank atas satu urusan, dan anda memberi salam serta senyum pada pekerja di bank tersebut yang bertugas untuk melayan anda, nescaya petugas itu pun akan melayan anda dengan baik2. tapi...bayangkan anda pergi dengan muka masam2, nescaya petugas itu pung rasa nak sepak2 je muka anda.

Kita selalunya ingin orang mempunyai pespektif yng baik terhadap kita, dan tingkah laku serta perwatakan kita selalunya dinilai dari permualaan perkenalan. Jika kita dikenali sebagai seorang yang mudah tersenyum dan mudah bertolak ansur dalam segala hal, mesti berderet2 list orang yang menjadi sahabat kita, tapi kalau kita nih yang jenis masam mencuka cam limau purut, sahkan berkawan nak dekat pun orang xberani.

Orang yang cuba terseyum walapun ketika bermasalah adalah orang yang hebat. Kenapa? ini kerana orang ini akan mendapat kekuatan dari senyuman dan akan cuba mengatasi masalah yang wujud dengan usaha yang xkn putus2. Orang yang suka tersenyum biasanya orang yang senang berjaya dlam hidup. Percayalah!

Namun, seyuman kadang2 banayk cabang maknanya:
1. Senyum ikhlas- senyuman yang bakal mendapat pahala
2. Senyum mengejek- seyuman ni jenis yang suka nak perli2 orang
3. Senyum mengatal- skang nih ramai orang terutamanya lelaki slalu mempraktikkan senyuman nih...so, wahai perempuan2 diluar sana, berhati2lah.
4. Senyuman ketabahan- semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati golongan ini.

kesimpulannya, cubalah senyum2 selalu. Kerana senyum bukannlah sukar dan anda pasti akan merasa kehebatan 'kuasa senyuman' yang tiada tolak bandingannya.

SENYUMLAH~

Senyumlah seikhlas hati, semoga Allah sentiasa merahmati kita.
(sumber gambar;en.google.tq)

Saturday, September 10, 2011

Rumah Terbuka Hari Raya

Semalam adalah satu lagi hari yang paling memenatkan. Mana tidaknyer orang lain yang buat rumah terbuka, saya pulak yang jadik busy terlebih2. Kawan2 saya nie cakap saya terer masak, soo...apalagih saya yang jadi chef laa. 3 dari 5 hidangan utama saya yang masak; mee kari, bihun goreng dah puding coaktail. Hanya rendang dang lemang je tua n rumah yang masak...huhu...tapi api lemang saya jugak yang jaga tau...loh


Kawan saya, kazu nie suker menyusahkan saya yang jelita nih...hehehe. Penat woo masak2. Ingat senang ker untuk orang yang sedang berdiet untuk kekal dengan dietnyer setelah berhempas pulas memasak makanan ynag sedap2. tergugat iman tau. Saya bersungguh2 menhan geladak nafsu makan dan 'hanya' makan semangkuk mee kari, 4 potong lemang, semangkuk coatail, kerepek2 dan ......hheheheehe...Alah! hari nie saya erobik lebih2 laa...mana dapat tahan.

 Aktiviti membakar lemang

Majlis kononyer start kul4ptg-7mlm, tapi disebabkan hujan yang turun mencurah2, rumah dibuka sampai kul10 mlam...ehhehe. Saya nagn Cik I plak p pukul 5 bersama bihun goreng dan puding coaktail. Haa? apa? naper kitaorang p lambat?.... kitaorang tengok cite hindustan sampai habis dulu. ;-p kuikuikui

Ramai gak kazu ajak staf2 UMT dan kengkwan, tapi disebabkan hujan, xramai yang datang..yang betul baik hati jer yang datang. wuuu...terharu. time kasih pada yang datang. Ramai yang puji masakakan kitaorang sedap n suh kami bukak kedai makan. hoho...klakarlah..

Apa2 pun, thanks pada kazu, Z, sab, Zal, dana yang lain2 sebab menadakan rumah terbuka nih. ntah biler plak kami dapat bersama macam ni lagi...sob3.

Thursday, August 11, 2011

Jalan2 dan Melawat muzium

Semalam, saya dan cik Y telah ke bandar. Mula2 kami ke ASNB kuar duit sket (sket jelah pasal memang ader sket jah..hahahaha). Pastu kami ke MBKT beli tiket untuk Cik Y balik Johor (wuuu...sob3..dier nak tinggal kiter dah). Sambil2 tuh sempat gak naik kat tingkat atas MBKT tu, cik Y beli kain batik sarung untuk neneknye.  Singgah lak kat PSI (Putaka Seri Intan) tepi MBKT tuh nak cari Majalah pendidik dan Majalah Maskulin...tapi 2-2 xder...bergerak plak ke PSI-2 yang berhadapan dengan kompleks2 bank tuh...tapi majalah Maskulin jer yg ader, Majalah Pendidik langsung xjumpa...habis kot..Tapi muka Cik Y memang xleh blah..cam kecewa giler2..yelah...mana xnyer, dalam 2-2 majalah tuh ader artikel pertama En. Abenyer/Tunangnyer..so dia betul nak memiliki. Aiii...nak wat camne...sabar yer cik Y. Dah dapat satu tu dah kira bagus tau. Syukur Alhamdulillah!~

Dari PSI kami bergerak pula ke Desa Murni, gedung pakaian di Kg. Kubang Tangga. Time tuh dah kul 12 tghr. Wuah!! panas giler! dan haus giler2!! kalau bukan bulan puasa nie, maunyer bergeleng2 air kami telan...tapi sebab puasa, "sabar yer tekak, sabar~". Sejam gak kami kat dalam desa murni tuh..tawaf punya tawaf akhirnye Cik Y telah berjaya membeli  sepasang kain yg berukuran 4 meter untuk wat baju kurung. itupun setelah jenuh memilih dan membuat perbandingan sebanyak 441 kali....hehhehe~

Pukul 1, kami bertolak ker Muzium Terngganu dan sampai kat situ lebih kurang pukul 1.30 tengahari. Ini kali pertama saya datang ke muzium ni walaupun pada hakikatnya saya dah bermastautin kat Terengganu ni dah hampir 8 tahun...hehehe...Kalau laa Cik Y x ajak saya datang memang sampai kesudah ler saya x sampai2 ke muzium nih. Cik Y beria2 nak datang sebab hari masa dia, cik D n cik I datang muzium, katanya diaorang xsempat menjelah seluruh muzium. 

Masa kami sampai tuh, langit nampak mendung dan wujudnya awan gelap. hoh! tanda2 nak ujan...tapi Cik Y buat2 x percaya (sebab dia nak gak melawat muzium..hehehe). Lepas parkin kami p surau, tapi tumoang buang hajat jelah sebab ader pak cik2 yg duk tido kt atas beranda surau. Soo...kami terus pegi membeli tiket untuk masuk kedalam muzium. Hoh! tinggi betul tangga dia, lenguh sungguh nak mendaki. tapi yang seronoknya, biler jalan kat atas tangga2 tuh dapat lihat banyak ikan2 berenang didalam kolam dibawah tangga. Best! Kami beli 2 tiket (2 ler..sebab 2 orang.hehehe). Ah! duit tiket x bayar lagi kat cik Y...lupa plak.. jap agi akak byr yer Cik Y..heh. Masa simpan barang, Mak cik kat kaunter tuh tanya "datang dari mana mek?" cik Y jawab "dari Johor"(sebab dia orang Johor).Nasib baik xcakap dari UMT...kalau x, wat malu jek..Mana xnyer, saper xpelik kalau tengah2 hari buta gtu sanggup nak melawat muzium dan ditambah lagi puasa lak. Kalau ckp datang dari jauh mestilah diorang kata "Oh! bagusnya..jalan2 pusing Ganu agaknyer..banyak stamina diorang nih".hahaha~.

2 keping tiket = RM10. Tapi berbaloi2 laa~

Masa masuk kedalam Muzium rasa penyaman udara yang kuat buat kitorang rasa segar sekejap. Ah! selesanya~ kami pusing2 kat tingkat bawah tuh. Kat tingkat bawah nie adanya batu bersurat. Best jugak tengok benda2 bersejarah gini. Pastu adanya galeri tekstil yang memaparkan sejarah Fabrik dan jenis2 Fabrik yang mula2 keluar dulu2 hinggalah Fabrik zaman sekarang. Pakaian2 rasmi pun ada termasuklah persalinan Cik Siti Wan Kembang dan persalinan Puteri Perak. Ada jugak selipar dan terompah orang dulu2 serta tanjak yg biasa dipakai oleh pembesar2 di zaman kesultanan dahulu. Puas pusing2 kami daki tangga naik tingkat 2. Haiyo! daki mendaki nih lemah sket...Penat!~


Pinjam gambar en. goggle jelah...tq


Sampai di tingkat dua kami duduk rehat dikerusi selama 30 saat..kasi hilang mengah jap. sambil duduk2 tuh saya pusing2kan kepala untuk lihat sekeliling tingkat. Muzium ni ditubuhkan pada tahun 1976. Bermula dengan sejarah jumpaan Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902. Batu Bersurat itu dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar Raffles pada tahun 1923, sebabnya xde tempat untuk disimpan.  Setelah Muzium negeri dibina,  Batu Bersurat telah diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri Terengganu dari Muzium Negara pada Julai 1992. (Hebat x ulasan saya? Hahahaha~ semuanya copy paste saja dari laman web Portal rasmi Museum negeri tengganu).





Kat tingakat 2 nie ada 3 bahagian utama ditingkat Galeri kraf, yang memaparkan zaman kegemilangan industri kraftangan yang diwarisi zaman-berzaman. Kesemuanya dihasilkan dengan menggunakan teknologi tradisional berasaskan kemahiran dan kepakaran yang bermutu tinggi, halus dan mempersonakan boleh belajar cara-cara membuat barangan tembaga. Galeri ke 2 ialah Galeri "Raja Kita" yang memaparkan sejarah2 Raja2 Melayu dan Raja2 negeri terengganu. Disini juga ada persalinan lengkap raja2 yang dipakai semasa majlis2 dan lawatan2 rasmi. Keris2 milik sultan2 terengganu yang terdahulu pun ada tersimpan disini. Naik Kuning mata saya tengok semua barang2 berdaulat nie..hehehe. Satu bahagian lagi ialah Galeri petroleum. Kat sini ada tunjuk alat2 dan penulisan tentang cara2 melombong petroleum. Replika2 kapal lombong minyak pun ada...seronok betul tengok benda2 gnie...best! best!...boleh tambah ilmu.


Kat tingkat 3 plak adanya barang2 dari zaman paleolitik, mesolitik dan hinggalah ke zaman moden. ada jugak duit2 syiling keluaran pertama dan ada juga pokok emas. Sebenarnya ada jugak Galeri Islam, tapi saya dah lupa kat tingkat mana, rasanya kat tingkat 3 jugak.Pertengahan tingkat 3 adanya galeri ilmu kejadian. Galeri nie memaparkan koleksi flora, fauna, batuan serta mineral yang terdapat di bumi negeri Terengganu. Ada banyak replika2 binatang serta binatang2 sebenar yang telah diawet termasuklah ikan, dolphin, ular, rangka dinasour, singa, harimau, kancil, rusa, tapir,  burung2 dan banyak lagi lah....xingat ler kalu nak sebut satu2.



Keluar dari bangunan utama nie kami berlari2 anak untuk ke galeri pelayaran dan Perdagangan. Kenapa2 lari anak?...sebab... Hujan dah mula turun, mula2 rintik2 pastu tiba2 turun dengan lebatnya (soo lari2 anak dah bertukar jadi lari2 dewasa~hohoho). Masa kami sampai kat galeri ni yang berupa sebuah rumah kayu,rumah tradisional Melayu iaitu Bujang Berserambi. Ada beberapa orang pekerja kat bawah...tetapi kat dalam xder sesape pun..jadi, apa lagi...kami pun jalan2 laa cam rumah sendiri...hujan turun dengan lebatnyer. Rumah nie ada 3 bilik berasingan. Bilik2 ni menyimpan barang2 dan sejarah yang memperlihatkan sejarah dan latar belakang perahu-perahu besar yang pernah digunakan untuk berdagang pada satu masa dulu di negeri terngganu Disamping itu, bahan-bahan yang turut dipamerkan termasuk model jenis-jenis perahu besar, peralatan-peralatan tradisional yang digunakan dalam proses pembinaan, alat-alat pelayaran, pedoman dan sebagainya. Koleksi yang paling menarik adalah dua buah perahu besar asal, yang sempat diselamatkan untuk diabadikan di tapak pameran Muzium Negeri, berdekatan galeri tersebut. Perahu besar tersebut dinamakan SABAR dan KEMAJUAN (tapi dapat tengok dekat sebab sedang dibaik pulih).


Disebabkan hujan turun dengan lebatnye, kami terpaksa berteduh di galeri ini dahulu selama 20 minit. dan disebabkan terlampau lenguh pinggang, saya berbaring kat dalam galeri ni sambil cik Y cover line takut sape2 masuk. Yang bestnyer, ...dahla berbaring, pastu bukak pulak tv...5 mint saya duk gitu dan tiba2 saya tersedar. "Hesh!! aku nie dah betul2 wat cam rumah sendiri lak..hahha" Cik Y dah gelak guling2..cik Y siap cakap, mesti kalau Cik D ada sama, mesti diapung dah terduduk2 dan terguling2 kat situ tengok gelgat saya...hhehe...nak wat camne? penat wooo...nak bwk moto lagi...hehhehe..harap2 betul2 xdop cctv..heh. (dah chek dah..tapi xtau lah klu tersorok kat mana2..huhu, memang haru ler)


Selepas hujan reda, masa tuh dalam kul 3.00petang, kami pun bergerak ke galeri terakhir..Kalau xpegi, xtau biler lak nak datang, lagipun cik Y sangat beria2 memandangkan galeri nie yang dioarng x dapat masuk hari tuh sebab dah tutup. hei..kesian pulak. Soo redah jelah..tapi berlari2 anak gak untuk mengelakkan ranting2 yang jatuh disebabkan angin kuat.


Galeri terakhir ni ialah Galeri Perikanan dan Taman Laut. Galeri ni memaparkan perkembangan teknologi yang digunakan dalam bidang perikanan oleh para nelayan tradisional sehingga kepada penggunaan teknologi moden hari ini. Galeri ini juga turut memaparkan kehidupan sumber perikanan iaitu organisma hidupan akuatik.


Semasa keluar dari galeri nie, kami menyusuri jalan yang terdapatnya rumah2 lama seprti Rumah bujang dan istana di zaman dulu. Semuanya terdiri daaripada kayu dan berdindingkan buluh. Hebat sungguh seni bina rumah2 ni. tapi sayangnye, pengunjung hanya boleh lihat luaran rumah sahaja dan x dibenarkan masuk kedalam...yelah..rumah nie kan dah lama, mestilah lantai dia dah berkeriut2 kalau dipijak nanti...silap2 hari bulan boleh runtuh pulak...hehehe. Tapi sayangnyer sekeping gambo pung x amik sebab awal2 tadi orang tuh kata xleh amik gambar dalam galeri. Tapi disebabkan sayer nie terlampau baik dan jujur, sekeping gambar hatta kat luar pintu pagar Muzium pun  kami xamik...aiiiii~

Pukul 3.30ptg, kami keluar dari muzium dan merempit balik ke rumah. Di bandar masih hujan rintik2, tapi masuk jer gong badak...Haih? panas giler...xdok ujan sebutir pung...Subhannallah!~ Sampai di RO, kami cepat2 mandi dan solat dan tertido sekejap hinggalah pukul 6.00png kami keluar membeli nasi berini n nasi arab untuk berbuka puasa (xlarat dah nak masak). yang ajaibnye, malam tuh saya x dapat tido walaupun penat, sebalaiknyer orang yang membonceng kat belakang pulak tido mati. Hoh!~

Harap2 satu hari nnt, bole pegi lagi lawat muzium bersama family. Bagi sesape yg memang duk kat Ganu nie...patut pegi larr...sekurang2nyer anda dapat merasai kenyaman Aircorn kat muzium tersebut terutamanya di Galeri Pelayaran dan Perdaganan. Best giler, boleh buat tertido kar ctu. Harharhar~







Wednesday, August 10, 2011

Dora pun puasa?

pagi2, time sahur dora mesti datang mengiaw2 kat pintu dapur...mengalahkan orang nak bersahur lak dia... tapi nak 
  xnak kasi laa jugak makanan...kesian lak...
biler tengahari dia datang lagi tp untuk tido kat kerusi dapur yg empuk tuh jer...biler kasi makan, dier tengok jek...Aik? pose ker?

biler time berbuka...dier pung sibuk datang duk mengiaw2...nak makan...bagi makan terus senyap...yg herannye, makan ngan pelahap,kasi makan tghri, xnak plak...aiii..agaknyer kucing pun ader yg pose gak kot..
cam kucing kat umah kat kampung pun sama gak...xnampak pun makan siang time bulan pose...wohooo~ hebat gak diorang nie...kecik2 pung puasa...kalu nak dibandingkan ngan manusia diorang lagi hebat laa gtu..manusia, suh puasa xnak..siap curik2 makan...malah sanggup lak makan dalam tandas..hape laa, selera lak tuh....aper laa nak jadi..

Eh! jap? kalu betul dora puasa...jadi...wah!!...kalu gtu kena laa wat baju rasa untuk die skali..huff huff...sempat ke nak jahit nie???
err..camner rupanyer baju untuk Dora yer?

Rumah semakin sunyi...

Awal bulan ogos nie...rumah terasa amat sunyi...walaupun masih ada 2-3 orang didalam rumah tapi ianya xsama seperti sebelum nie lagi. Cik D sudah keluar dari rumah oren..perasaan kehilangan tuh memnag xleh nak elak laa..tambah2 lagi cik Y, katanya "bilik rasa kosong jer...wuu..Nak cik D". 
kuih bahulu akan merindui cik D...hehehe

walaupun sebelum nie cik D selau balik KL atau sabah, tapi xlah rasa cam kehilangan sebab tahu dia akn balik semula ke Ro...tapi skang, cik D dah pindah kuar 100%..sob3..dan kalu datang pun sebagai tetamu jek..itupun xtau biler n mesti datang sekejap jek..

Saya pun dah kurang menjalankan aktiviti memasak didapur skang..mana xnyer...Pakar perasa n merangkap juri masakan saya (Cik D ler...hehe) dah xder. biasanyer komen2 beliau yg bernas itulah yg buat sayer dapt improve masakkan saya dari masa ke semasa..hoho. lagipun...bile tinggal  2-3 orang jek kat Ro...cam xberbaloi jer nak masak...klu masak byk membazir, biler masak sket xcukup pulak..haiya! xreti nak bujet..hehehe. nak kelim karipap pun dah xlarat..hehehe..biasanya saya, cik D n Cik y yg duk mengelim, tp biler dah tinggal 2 orang jek..xjadik2 nak mengelim..huhu..campur ngan "M" besar sebenarnyer...Hehehe (M= Malas)

Sejak akhir2 nie..rumah xsegamat dulu..cik S pung xbalik2 lagi..tapi katanya, biler datang nnt nak amik barang n kuar terus..haiya. Cik Y pun nak balik hujung bulan nie, wat balik barang gak...wuuu. diorang nie tah biler lagi boleh jumpa yer...

yang masih tinggal hanya saya, Cik F n Cik I...alih2 biler cik F balik hujung mggu, tinggallah saya n cik I. Cik I pun suka balik kampung gak..soo..home alone ler..wooo...sunyinyer..Tapi apekan daya, sket lagi saya pung akan tinggalkan Ro jugak..Harapan saya semoga walaupun kami dah berpisah nnt, kami tetap saling keep in touch antara satu sama lain..dan semoga kami dapat berkumpul n bertemu lagi. Masa tu sangat2 dinantikan...



Thursday, August 4, 2011

Ramadhan kembali! yeah!

Tahun ini, Bulan Ramadhan yang mulia jatuh pada bulan Ogos yang juga merupakan bulan kemerdekaan. Tambahan pula, syawal dijangka jatuh 31 ogos. Wah! hebat sekali!. Apa2 pun Alhamdulillah kerana Allah masih memanjangkan umur kita semua untuk dapat merasai dan menikmati keindahan bulan Ramadhan.

Seperti yang kita tahu, bulan ini adalah bulan yang paling mulia dan bulan yang paling hebat dari segala bulan. Mengapa? kerana jika seseorang datang pada Allah dan meminta keampunan dari-Nya, Allah akan ampunkan, jika seseorang melakukan sedikit kebaikan didunia pada bulan ini, sejuta pahala akan Allah ganjarkan. Jika seseorang datang memohon pertolongan Allah, akan diperkenankan. 

Meriahnya Ramadhan dikongsi bersama oleh semua Ummat Islam diseluruh dunia.  Kemeriahan makin terasa bila ia diserikan dengan berpuasa pada siang harinya dan bersolat sunat terawikh pada malam harinya. Malah, Bazar2 ramadahan yang menyajikan pelbagai jenis hidangan yang lazat, yang menyelerakan dan yang mahal (hehehehe) mula dibuka dimana2 tempat. Nikmatnya berbuka setelah seharian berpuasa, adalah anugerah yang tidak ternilai kepada kita. Mensyukuri nikmat Allah adalah kewajipan kita sebagai hambaNya.

Namun...sejauh ,mana kita menghayati bulan yang mulia ini? Rata2 hari ini sudah ramai yang ingkar dan tidak menunaikan ibadah puasa. Malah, dahla xpuasa, siap minum dan makan secara terang2ngan di siang hari lagi.  Orang yang bermaksiat juga boleh dilihat terang2 pada hari ini. Apa nak jadi dengan dunia islam kita sekarang? Islam seolah2 hanya pada nama semata2. Mana hormatnya kita pada agama yang mulia ini? Mana perginya rasa malu dan rendah diri kita pada Allah Yang Maha ESA? 

Sama2lah kita bertaubat pada Allah S.W.T. Raikanlah Ramadahan ini dengan rasa rendah diri dan penuh rasa cinta pada-Nya. Semoga Allah membukakan pintu syurga kepada kita dan mengunci rapat pintu neraka. Justeru itu, sama2lah kita berusaha dan berdoa supaya Allah makin sayang pada kita. Penuhkanlah bulan ini dengan menunaikan semua ibadah wajib  dan memperbanyakkan ibadah2 sunnat disamping memberi sedekah pada mereka yang memerlukan. Jika kita sentiasa taat pada perintah-NYA nescaya Allah akan bertambah sayang pada kita.


Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ampunkanlah segala dosa2 kami, terimalah segala ibadah2 kami, bukakanlah pintu2 syurga buat kami dan jauhilah kami dari pintu neraka. Amin~



Monday, July 18, 2011

Hantu Roti~hee....

Gambo incik google. Tq

Bile bercerita tentang kawan2 nie memang xleh berhenti. kawan2 disekeliling saya ramai yang bersikap pelik pelik dan unik seperti kawan saya yang ini. Kawan saya yang sorang nie memang xleh nampak Roti. Roti ibarat makanan ruji beliau sehari2. kalau suh makan nasi ibarat kita paksa budak2 kecik makan sayur ( dia pun xsuka sayur..hehe). Adoi... tapi kalu cakap "makanlah roti nie", dengan berbesar hatinya dia akan makan. Hehehehe.

 kek beday cik I

Cuba anda bayangkan...sarapan makan roti bakar sapu mentega..tengahari makan roti bakar sapu sambal ikan pedas (dimasak sendiri) dan malam makan roti berperisa coklat (beli dari kedai). Hari2 menunya adalah roti. Kalau makan nasi, roti tetap dicari sebagai kudapan. Memang dia nie xjemu2 dengan roti...saya yang tengok pulak naik jemu. huhuhu~


Katanya...kalau makan nasi, aku mesti cari kudapan lain selepas tu..soo kalau berterusan begitu berat pasti naik tau. tapi kali makan roti...aku rasa perut sangat selesa dan boleh bekerja dengan baik. Wah! begitu hebat kuasa roti pada kawan saya nie~hehhehe


Kek juga paling diminati. kalau ada kawan yang buat kek, simpan dalam peti ais, dan suruh semua makan, kawan saya nielah yang paling kerap makan kek tu. Tapi kawan saya nie sangat bagus, walaupun sukakan kek giler2, dia hanya akan ambil kek tu berdikit2 dengan kuantiti yang sedikit sahaja supaya tidak cepat habis dan kawan2 lain boleh rasa sama. Hati beliau cam berbunga2 siap ada kebun bunga lagi dalam hati tiap kali dapat makan kek. Beliau makan perlahan2...1/4 sudu untuk satu suapan..supaya  nikmat keenakkan kek tu dapat dirasa sepenuhnya. Hebat kan? hehehe 

 saya, cik y n cik D paling gemar main kelim2 karipap


Bukan saja roti dan kek, kuih muih pun dia hentam. Kuih yang dia paling suka ialah Donat (gebu cam roti), roti goreng (roti...), jemput2 ( serupa roti..hee), pizza ( keraknyer roti..hehehehe), karipap, kuih bakar, bahulu dan semua jenis kuihlah...kasi jer, mesti dia makan. 

ini saya buat sendirik tau..PRO yg lain tolong sama

Kawan saya nie pandai wat kek batik dari biskut merie tau...sedap! saya suka...tapi makan sket2 jee sebab saya xberapa sukakan sesuatu yang manis (sebab saya memang dah manis..hehehe). Kalau xhabis xper. Kawan saya nie akan habiskan. Itulah perkara yang paling saya suka tentang dia nie, dia xkan membazir roti dan kek...tapi kalu nasi memang makan xhabis laa..haiya..
ini wat kat kampung..orang yg sukakan roti mestilah paling suka bahulu nie..hehhe

Bila pergi mana2, dan ternampak kek, roti, atau kuih muih mesti teringat kat dia. Hehehe.. Bila wat jemput2 mesti tunggu time dia ada supaya jemput2 tu dijamin habis. hehehe.. Tapi saya rasa dia nie xmungkin memiliki kedai Bakery..hahahah...nanti semua hasil jualan untuk makan sendiri je...hehhehe. 

Hey dear!~ Jom! wat roti goreng cicah sambal black paper ajaib tu~hoho

Friday, July 15, 2011

Teh tarik sebagai pemangkin..

Pertama kali dalam seumur hidup saya, baru sekarang saya tau ada juga orang yang memerlukan pemangkin untuk membuang air besar. Tau x apa pemangkinnya? Teh tarik! hahahahhahaha~ Kelakar betul. Kawan saya nie kalu 2-3 hari xmembuang mesti kena pekena teh tarik dulu baru sistem penghadamannya lancar...hahahaha~(gelak guling2)

Saya biasa dengar kalau xleh membuang makanlah pisang atau makaanan berasaskan lada hitam. Tapi kawan saya nie memang betul2 unik lah. mungkin ada juga dikalangan anda yang minun teh tarik juga akan dapat reaksi begitu kan? heehee..

keberkesaanan teh tarik bagi dia memang tiada tandingan. Minum jer terus cari "bank negara". kekacauan selama2-3 hari sebelum nie ( sakit perut memulas) hilang terus bagai angin lalu. Hoho..


Hey dear...kalau kamu baca post nie jangan marah yer... apa yang ingin Saya bagitau ialah kamu memang unik. Kelainan kamu itulah yang selalu mengingatkan saya tentang kamu. tengok jer teh Tarik mesti ingat kamu! ahhahaahaahahaa~ Jangan Marah...Nanti kena jual~ :-p

Saturday, July 9, 2011

Pokok cili


cili berapi~

Hari tu saya semai benih cili padi dalam pasu tepi rumah oren.
Saya lenyek je 2-3 biji cili padi tu dalam tanah.
pastu siram. hari2 siram.
hari ke-3 dah nampak tumbuh.
mula2 sepohon....5 pohon...9 pohon....waaa!!!!!!!!!!~ berpohon2....
macammana nie....bekas xcukup...adoi..tanah pun xder.
yoh...kena p beli tanah nie...nampak gaya dah tumbuh sampai 4cam dah nie...sket lagi bole alih letak dalam bekas.
jangan saya nie cam hangat2 taik ayam je lah tanam cili nie...huhu
saya terfikir gak, biler kitaorang xder kat umah nnt saper laa nak jager yer...urmmm...alamatnyer...bagi jiran2 ler..masa tuh mesti dah berbuah, saper xnak kan? kan?
Okey! jom siram cili!~




Saturday, June 25, 2011

Sudah hilang 2kg!~ yes! yes!

 Mulakan langkah dah jangan mengalah selagi terdaya~


Hari nie hari ke 24 saya diet dan hasilnya saya dah hilang 2.6kg!~ wuhooooooooo!!! hebat!.. walaupun ada orang dapat turun 1kg dalam masa seminggu  tapi saya xboleh. Saya kena konsider ngan taraf kesihatan sendiri terutamanya xnak cederakan otot2 dalam badan. ah! no hal laa....dah turun nie dah kira bagus! yeehaaaaa~

Sekarang kul 9.00 pg. baru siap sarapan. kul 7 tadi berarobik selama 45minit tanpa henti. seronok~  hari2 aerobik pun xjemu cuma memang diakui laa nak start tuh makan masa sket sebab terpaksa berhempas pulas ngan "M" besar...hehehehe bile dah dah start rase xnak berhenti lak.. Aper? xtahu aper tuh "M" besar?...hehehhe.... M= Malas...kuikuikui.

Ah! kena mandi nie, nak tengok anak kesayangan kat kampus. kebulur lak diorang nanti. Badan pun dah bau mengalahkan kambing. uish! cepat mandi! cepat mandi!

Hari ke: 24
Menu: sarapan: susu, salad dan 2 keping roti.
        : tengahari: ikan bakar, buah oren n sayur (xpikir lagi)
        : malam: teh hijau tanpa gula n 2 keping biskut jacobs hi-fiber.
Aktiviti: aerobik. berbasikal. main bola


Yang xkan kalah pada "M":
Saya Jelita

Saturday, June 18, 2011

Mula nampak perubahan

Masuk hari nie, dah 17 hari saya diet. Sejak hari isnin lepas saya langsung x sentuh nasi dan hari nie genablah seminggu saya xmakan nasi. Walaupun berat badan turun 1 kg jer, tapi Alhamdulillah saya rasa banyak perubahan dah berlaku. Badan saya dah kembali segar semula dan xmudah mengantuk lagi. Otak pun macam dah xlembab dah dan saya dah boleh tumpukan perhatian pada semua keja.

Saya juga ader perasan, sejak saya start aerobik semula, badan saya nampak makin kecik dan agak Fit. Alhamdulillah...suka betul saya. Kaki pun dah xsakit sangat bila berjalan dan saya makin rajin untuk bergerak. walaupun baju nampak menggeleber sebab badan dah fit sket, tp xpelah...bila berat dah jadi 60kg ke bawah nnt, bolehlah bel baju baru selai dua. xleh beli banyak2, takut nnt biler dah betul2 kurus, saper nak paki bju yg beso tuh..hehehhe..

Letih betul mulut biler kena kunyah slad. kruk krak..kruk..krak..bunyinyer.. tapi salad nie bg cepat kenyang laa. bila start makan, saya akan mulakan dengan makan sayur2 dahulu, buah dan kemudian barulah makan berprotein atau berkarbohidrat. Dengan makan camnie, saya cenderung untuk amik makanan yg last tu sket jek sebab dah penat mengunyah sayur dan perut pun dah rasa penuh. Skang nie, saya cuba makan perlahan2 supaya cepat rasa kenyang dan cepat rasa bosan. biler bosan kita akan makan sket shj. hikhikhik...baik punya strategi.

Ah! masa makan tengahari skang. Jom Makan!~

Hari diet ke: 17
Menu: sarapan- salad+ donat+ susu
           makan tghr- Ikan bkr seekor+ sup sayur lada hitam
           makan ptg- sup sayur lada hitam
Aktiviti: duduk ats kerusi wat keja. jalan2 dalam rumah. main bola jaring ngan cik F.

Home Alone....

Masuk hari nie, dah 2 hari saya tinggal sorang2 jer kat rumah oren. Semua PRO lain balik kampung. Sunyi x usah cakaplah, bosan giler giler...xder saper nak dengar saya berceloteh. Try cakap ngan dinding laa...

Saya: "Hye dinding!~ wat per tu?" (Dengan muka penuh harapan)
Dinding : "............................."
Saya: "Jom main bola nak?" sambil bawa bola dan lempar pada dinding
Saya: "Wah! pandai gak ko main bola yer dinding?" (sebab bola tu melantung balik pada saya)
Dinding: "..................................."
Saya: Dinding, sunyi x? aku sunyi laa...."
Dinding: "Meowwwwwwwwww!!!!'
Wuaaaahhhhhhhhhhhhhh!!!! Apocot mak ko! dinding bercakap dan suaranyer cam kucing!!! Amazing!!!!!!
Tiba2....kuar si Dora terhegeh2 dari dapur sambil mengiau2..
laaa...minah nie rupanyer, ingatkan dinding yang bercakap tadi. Cis! taik kuda sungguh Dora nie. Tapi, nasib baik gak Dora datang, klu x lama2 aku ckp ngan dinding, 2-3 hari nnt dah layak daftar masuk wad bahagia. NO! Nehii...xmau!!!!~

Hari nie kesihatan x mengizinkan jd xboley aerobik. Nak wat keja pun xselesa bila badan xsihat nie. Cik y pernah ckp sebelum blk kampung " kak sejay boleh laa writing, xde org nie mesti dapat fokus"  huuuu....Fokus penamanyer cik Y? asyik rasa nak tido jek sebab xde gangguan laen. Smlam paksa gak diri wt keja sampai pg..hehehe...tu yg xsihat tuh. tp sket jelh gerak, idea xder. Haih...tiba2 ingt pesanan supervisor "siti Nurhaliza.. (dia sajer2 wat2 lupa nama saya) awak mesti banyak membaca baru dapat byk idea, baru boleh wat draf yang menarik." Okeyyy!! Jom membaca! Jom! Jom!........baca....baca....baca...ZzzzzzzZzzzzZzzzzzz (selepas 5 minit)..

Haa...nie ader citer saspen...Pagi tadi ader sorang laki (remaja...xpernah tengok) yang mencurigakan berbasikal depan rumah dan asyik jengok2 rumah oren. Panjang betul tengkuk dier menjengok. Dia pusing ngan basikal sambil mata melilau2 dan xlekang dari rumah oren, Kebetulan time tu saya tengah jalan2 tawaf keliling rumah. Biler jer nampak muka saya dia terus lari. Aper? buruk ker muka saya nie sampai dia lari mencicit?...Hurmmmm....
Hoi! hoi! Scary laa... "Ya Allah! lindungilah aku dan seisi rumah ini dari sebarang kejahatan dan bencana. Hanya pada-Mu lah aku berlindung. Amin~"

Kena jaga2 nie...bimbang gak. Kalau stakat masuk curi spender boleh tahan lagi, tapi kalau masuk nagn parang dan amik barang2 berharga lain...huuuuih...simpang malaikat 44. Mintak jauh laaaaaa~
Apa?...sedia perangkap? Hamboiiiii!!!~.... Sayaer nie bukannyer seterer watak dalam citer Home Alone tuh. lagipun lupa dah taktik budak home alone tuh guna nak tangkap penjahat...ermmm...lupakan...

Huuuu...lebatnyer hujan malam nie...biler mau berhenti nie? jangan banjir yer....jenuh lak saya nak bersampang sorang2 klu tiber2 banjir. Hurmmmm,,,,kena berhenti menaip skang... sambung wat keja..
Hip! hip! Hip! Buat Kerrrjaaaaa!!


Wednesday, June 8, 2011

700.am

huah!~ baru siap aerobik~Yeah!~ 
awalkan? hehehe...sebenarnya nak bayar denda sebab semalam termakan nasik 2kali lak tuh, pastu bila p hantar kawan yang nak balik JB smalam kat stesen bas dia blaja lak BIG MAC...HuuuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaaaaaaAAAAA....Sob2..

hari nie balik kampung lak, aiiii....lagi laa, bikin rosak program akkuuuuuuuuuuu~ pagi, thghr, malam Maa masak nasik lauk sesedap...saper xtergoda Oiiiiii~

Harap balik kampung nanti aku xtinggal aerobik dah ler......

HAri Diet: 5
Aktiviti : Aerobik, keja2 kat hatchery & bawak moto 4jam balik umah
Menu : susu kambing, 1 biji donat BIG Aplle (wuuuuu...), nasik2 yang sedap2 kat kampung (wuuu...wu...)


Sabor...sabor...kuatkan Iman..hadapi godaan dengan tenang

                                                             Saya yang Penyabor:
                                                                  SAYA JELITA


Tuesday, June 7, 2011

Diari mau bertukar saiz~hoho

Hari nie, genab 4hari Saya start diet semula n bersenam. Sejak terhenti berdiet beberapa bulan kebelakangan nie (rasanya 2 bulan lebih). Sebelum nie, Saya mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan beraerobik tiap2 pagi selepas subuh. Masa tu berat Saya turun berkilo2 gak laa dari 69.5kg kepada 63 kg. Lepas dah turun sampai 63kg tuh, saya tukar kepada aktiviti berjalan, berat badan mantain jek tapi badan x fit sama cam time aerobik sebelum nie...yoh~..semua orang tanya kenape dah chuby semula...huhu.

Bulan lepas kaki saya sakit, so aktiviti berjalan dan bersenam terhenti begitu jer dan tambahan pulak selera makan tu membuak2...malam pun makan, lauk pauk plak byak berasaskan seafood yang memang terkenal ngan tinggi kandunagn kolestrolnya tuh, apalagi...naik laa 2kg lebih. hoh!~ perut menggeleber semula dan xfit lagi. ish3...xleh jadi nie...Badan lak makin lesu, otak cam xdapat fokus dengan keja dan penyakit malas datang sokmo.

Jadi minggu nie start berdiet semula. Saya nak kemaskan tekad saya untuk dapatkan berat badan ideal iaitu 53kg..wuuu banyak tuh kena ilang. xleh malas2 dah lepas nie, nak start aerobik hari2 n makan lebih sayur. Saya akan amalkan makan banyak sayur dan buah setiap hari serta makan ikan sebgai sumber protein. harap2 kali nie diet saya betul2 menjadi. Akhir bulan june nie, saya nak sangat berat Saya jadi 62kg jer. kena bersungguh2  untuk capai target nie.

tapi rancang diet memng senang cuma nak menjalankan apa yang dirancang tuh yang paling sukar. mulut boleh cakap, "jangan makan makanan berlemak, kurangkan makan daging lembu, dan seafod" tapi..bila time nak makan, Ya ampun!susah betul nak pujuk nafsu supaya makan ynag sihat je...huhu

Apa2pun saya nak tukarkan saiz baju dari XXL tuh ker saiz L . susah betul nak cari pakaian biler badan dah comei sangat nie. kuikuikui.. Rasanya xmustahil jika tahun nie saya boleh kurus dengan izin Alah S.W.T. apa yang penting, mesti berusaha! Yeah!~

smalam makan sup pekat tomato-carot, hari nie nak makan aper yer??...ermmmm...

  HARI KE:  4                                                                                                          
  AKTIVITI: Aerobik & berjalan
  MENU  : Ermm...x pikir lagi

                                                                                                      saya yang rajin:
                                                                                                     Saya Jelita



Thursday, June 2, 2011

JOM BERPUASA~

Yea!~ Alhamdulilah, Rejab datang lagi. Gembiranya sang hati, harap tahun ini dapat berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban dengan bilangan yang lebih banyak dari tahun lepas. Malah, Maa selalu cakap, ada seorang ustaz kat kampung kami slalu berpuasa straight dari bulan Rejab, Syaaban hinggalah Ramadan. Wah! hebat kan?..harap kita pun dapat berpuasa sebegitu. Tapi apakan daya kadang2 keadaan tidak mengizinkan terutamanya faktor kesihatan. Tahun lepas saya deserangi penyalit alergi yang melampau dan memerlukan banyak air pada siang hari supaya penyakit tidak berlarutan dan akibatnya, saya hanya berpuasa tidak sampai 10 hari dalam bulan Rejab dan Syaaban tahun lepas..huhu..rugi betul. Semoga Allah mengurniakan saya kesihatan yang baik pada tahun ini untuk menunaikan ibadah ini.

Ibadah nie kita kena laksanakan secara ikhlas semata2 kerana Allah S.W.T. Jika kita lakukannya secara terpaksa, maka sia2lah ibadah itu. dan begitu jugalah halnya dengan puasa. Kalau kita berpuasa tapi asyik berlingkar atas katil dan mengabaikan aktiviti2 harian lain, hai...tiada gunalah puasa. Masa puasa, aktiviti harian mestilah diteruskan kecuali kerja2 yang terlampau berat tu perlulah dielakkan. Ibadah puasa lagi bermakna sekiranya ia diiringi dengan ibadah2 lain seperti membaca Al-Quran, bersedekah dan bersolat sunat.

Sesiapa yang berpuasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban akan mendapat  ganjaran pahala yang tidak terkira banyaknya. Hadis riwayat daripada Saidatina Aisyah r.a pernah menyatakanbahawa,"Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan penuh kecuali Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau berpuasa yang lebih banyak daripada bulan Syaaban". Namun kita begitu tidak kita tidak boleh berpuasa pada hari-hari terakhir bulan Syaaban iaitu 2 atau 3 hari sebelum Ramadhan, kecuali bagi sesiapa yang selalu berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, lalu hari-hari akhir itu bertepatan dengan hari Isnin atau Khamis dibolehkan. 

Bagi sesiapa yang berkemampuan untuk berpuasa, berpuasalah. sesungguhnya berpuasa itu bukan sahaja setakat menahan lapar dan dan dahaga malah ia melatih diri kita supaya menjadi seorang yang sentiasa bersabar. Selain memperolehi pahala yang banyak, puasa juga boleh menyihatkankan tubuh badan kita. Ayuh!~ apa tunggu lagi? esok, bangun sebelum subuh, bersahur dan berpuasalah.



Monday, May 23, 2011

masalah oh masalah~

Sejak akhir2 nie, banyak perkara yang berlaku dan banyak masalah yang kunjung tiba. Hinggalah kadang2 saya dah penat mengeluh...lepas satu, satu masalah yang datang menjengah, bak kata pepatah "sudah jatuh, di timpa tangga". Tapi dalam kes saya nie dah xpakai dah pepatah nih, kena kasi "up"  sket, "sudah jatuh tangga, ditimpa tangga, lantai pulak berlubang, terperosok dalam lubang, pastu terlekat kat lubang xleh nak keluar dan datang pulak burung berak atas kepala"...wuuuuuuuu....sob3.

Tapi, walau apa pun yang berlaku, saya sedar....semua masalah dan semua perkara yang berlaku ada hikmahnya. Sebab tulah saya cuba bersabar, bertahan sedaya boleh dan cuba memperbaikki keaadaan. Sesekali kita diuji, kita kadang masih dapat bertahan, namun jika berkali2 diuji, kadang2 diri ini hampir terpesong dari landasan....merintih dan merungut bagai nak gila....tapi mujurlah masih ada Iman dalam hati, mujurlah masih ada rasa percaya bahawa semua aturan Allah adalah tepat.

Kita manusia memang tidak boleh lari dari masalah namun kita manusia juga mampu untuk mengatasi segala masalah yang mendatang kerana kita dikurniakan akal. kunci kepada penyelesaian adalah, usaha + tawakal + jangan berputus asa. jika ketiga2 kunci ini x kita cari segala masalh xkan ada jalan penyelesaiaannya. Jika kita fikir masalah yang dihadap ni besar dan sukar, cuba renungkan...mungkin ada lagi orang yang mempunyai masalah yang lagi besar dan lagi sukar dari kita, jadi kita harus bersyukur kerana masalah kita hanya setakat itu sahaja.


Dari kecil lagi kita di ajar kejayaan tidak akan bergolek dan kita yang seharusnya mengejar kejayaan. Masalah juga tidak akan hilang hanya denagn mengeluh melainkan kita berusaha menyelesaikannya. segala apa yang kita lakukan, sematkanlah dalam hati bahawa "segala apa yang aku lakukan, hanya Redha-NYA yang aku mahu". 

 selagi ikanku hidup gembira, selagi itulah usaha ini tidak akan terhenti..InsyaAllah~


MAWADDAH - REDHAMU YANG KUPINTA LYRICS

Redho-Mu padaku yang kupinta.....
Redho-Mu padaku yang kupinta.....
Redho-Mu padaku yang kupinta.....

Ya Allah, Ya Tuhanku
Tidak kira apa berlaku padaku
Miskin atau kaya, sakit atau sehat
Yang penting adalah redho-Mu, redho-Mu

Redho-Mu, redho-Mu, redho-Mu
Ha.. a.. ha...

Redho-Mu padaku amat mahal sekali
Redho-Mu padaku amat mahal sekali
Sebab itu aku meminta selalu....

Jika redho-Mu Kau beri padaku
Sekalipun seluruh dunia menghinaku
Aku tak peduli
http://www.free-lyrics.org

Walau aku miskin, kurasa bahagia
Apalah ertinya aku kaya
Engkau kan murka apalah ertinya ada nama
Jika Engkau murka

Jika Engkau murka segalanya tiada
Jika Engkau murka segalanya tiada
Sungguh mahal redho-Mu
Tuhanku...

Tuhanku, tuhanku, tuhanku....
Ha.. a.. ha....

Berilah keredhoan-Mu
Berilah padaku selalu
Kerana itulah aku beramal
Bukan kerana pahala
Bukan kerana fathilat
Bukan kerana surga

Tapi inginkan redho-Mu
Untuk keselamatan diriku
Tapi inginkan redho-Mu
Untuk keselamatan diriku

Redho-Mu padaku yang kupinta.....
Redho-Mu padaku yang kupinta.....
Redho-Mu padaku yang kupinta.....
(Kupinta selalu)

Sunday, May 15, 2011

Kamu yang bertuah....

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak dikaki, tuah Cik D nampak di hamper...hoho... Xsangka betul Cik D dapat menggondol sebuah hamper yang besar setelah kami mengunjungi sebuah gerai buku yang dibuka bersempena SUKANUN (Sukan Badan Berkanun) di UMT.

Mulanya saya nak beli buku tentang solat2 sunat, tapi cik D nih...berminat betul dier ngan satu buku nih...sampai kami berdua, dua2 beli buku yang sama.... haha...tapi cabutan bertuah tuh kami isi sebelum beli buku lagi..sebenarnya malas nak isi (sebab saya paling bnci isi borang..hahaha)..tapi biler en. kedai tuh bersungguh2 suh isi, jadi isi jelah..."isi laa dik! cabutan bertuah nih...daftar jadi ahli kami...xkena bayar pong..isi lah"...isi jOolah...bukan kena bayar pong...Hahahahahaha~

Esoknya, saya balik kampung....dan cabutan bertuah tuh langsung xlekat dalam ingatn saya dan cik D. Tadi bila balik Rumah oren, saya tengok ader hamper n diorang kata tu hamper Cik D yang dapat dari kedai buku tuh. Haa?????? (ternganga, terlopong saya..nasib baek xmasuk lalat). Haha....apa2 pun Tahniahlah pada Cik D yang bertuah, dan kami PRO dengan penuh berharap dapt sama2 merasai tuah tersebut..hoho (Cik D..jangan buat2 xpaham yer) hahahha~ Pada en. kedai dan Kedai buku YADIM Zon Timur, terima kasih banyak2..terima kasih daun keladi, lain kali bagilah lagi~hoho

Monday, May 2, 2011

kakiku sakit..Sob3

Hari nie dah masuk tiga hari kaki kiri saya yang comel dan gebu nie sakit...wuuu...xtau sebab aper..sob3.. mula2 tu cam sengal2 jek, pastu lama2 biler berjalan atau berdiri rasa sakit pulak..biler tengok kaki cam xder aper2?..tapi biler tengok betul2...eh? apsal kaki kiri nie kulit die cam lagi licin dari kaki kanan? sampai tulang sendi pun xnampak...kenapa yer???...ermm..  Larrrr!!!!! bengkak ker? aiyo, patut sakit..Hampeh! 

Tadi pi klinik balkis tapi Dr balkis versi lelaki jek yang ader..hehehe..klakar ler doktor tu..siap gelak2 lagi..Dr .tya buat aper sampai sakit2 camnie, saya cakap "saya berjalan jer" .dah cara exercise saya n cik Y adalah berjalan ...tapi biasa jalan jauh2 xsakit pun, tiba2 kali nie bengkak lak..Dr kata mungkin kesakitan tuh dah lama berkumpul tapi baru kali nie die kuar...huhu..xpasal2 melayang 21 hinggit dan siap diberi warning lagi.." Jangan wat keja berat2 (Cam mane nih? saper nak tolong angkat tangki ikan tuh?) Jangan Berexcercise selagi kaki belum sembuh..Jalan pun XBOLEh!! Aiyoooooooooooooo~ wuuuu.... terpaksa laa exercise tangan jek, guna dumbell...tapi bimbang gak, takut naik muscle kat tangan nanti, nampak pelik lak...hahahahaha...   

Saya tanya Dr., ada x krim sapu untuk surut bengkak ker, atau  untuk sakit sendi  dan sakit urat...beliau menjawab; '"da! ada!...Tapi kat cnie dah habis stok... herherherher (beliau gelak)"  Adoilah Dr.  boley lak dier wat lawak, kihkihkih..         

Dr. bg tiga jenis ubat: surut bengkak, tahan sakit n sakit urat...tapi tadi sebelum datang klinik Doktor2 kat umah tuh dah wat andaian awal2 lagik, DR.I kata, "habislah kak J, pasnie kaki kena siiiimenn..." DR D lak kata, Kak Sejay nanti kena inject...mesti kena kat bontot lagi..yang power punya" ceh! nasib baik Dr. Balkis, eh silap! pengganti Dr balkis tuh memang bertauliah n hanya bagi ubat yang sepatutnyer,,,hehehhe

Klah..kena makan ubat dan tido sekarang..esok kena masuk kampus awal2....Harap2 kaki ini cepat sembuh dan boleh berjalan malah berlari cam biasa...ermm...biler sebut pasal kaki atau jalan jek mesti ingat Cik Y yang jauh dimata tuh~ kaki menggamit kenanganku terhadapmu...cewah! HArharhar!!!!....hohoho jangan marah cik Y yang chumil yer.  Barangsiapa yang lekas marah.......bererti ketinggiannya akan berkurangan..kuikuikui~ :-p


Berjalanlah tanpa henti selagi alam ini belum selesai kau jelajahi...

Wednesday, April 20, 2011

Dora sudah bersalin......lagi..

Dalam tahun nie saja masuk yang ini dah dua kali Dora bunting dan bersalinkan anak dier. Dua kali yer tuan puan, Dua kali!! Tahun lepas 3 ker 4 kali yek? Ermm...Aiihhhh~ Productive betul dier nie. Sket lagi biler anak dier dah mula besar tuh mulalah dier bawak mai umah oren. Kalau stakat bawak jalan2 masuk dapur xper, ini dier gonggong letak kat bawah katil laa, sorok bawah meja laa...tepi tong sampah laa....ish! hai laa Dora...suke sangat memberi keja pada kami yang sedia banyak kerja nih..haihh..

Tahun lepas abis badan saya gatal2, alergik bile Dora wat masuk anak die bawah katil. Katil kan banyak habuk, saya plak anti dengan habuk2 nie, die plak p sorok anak dier kat situ. kul 12.30 malam time nak tido, terdengar bunyi anak kucing...ingatkan bunyi kat luar rumah..skali anak dier terkedek2 kuar dari bawah katil...laaaa....mau jek aku cubit2 pipi dora tuh..Hish! geram betul! nak tido pun xsenang, penyakit pun dapat...huhu..menguji kesabaran betul lah. Aper lagi...esoknye terpaksa plak p cari ubat untuk hilangkan alergik tuh, kalu x satu keja pun xleh buat pasal tangan nie busy tergaru sana, tergaru sini..

Bukan x suke Dora ader anak....suker...suka sangat..tapi itulah...suker sangat menNormadkan anak dier. Kejap ker situ, kejap ker sini, kejap kat rumah oren, kejap kat rumah blakang...haihh! padahal kite dah kasi die tempat yang elok dah, bilik persendirian lagik..dier pindah wat kuar gak. Adoi! Adoi! Adoi! Tambahan pulak anak2 die xhidup lama, semua mati..kena penyakit laa, kena makan dek bapak laa..kang kesian tuh! Bunting penat2, beranak punyalah sakit, alih2 semua mati...kesian si Dora. 

Dora selepas bersalinkan 3 anaknya.


Nak buat camne yer xnak kasi dier asyik nak membunting jek? kalau bawa pi "kassi' cam berdosa dan kesian lak...xbaik tau buang Dora punya tu. Ermmm...kalau halau semua si jantan2 yang datang, alih2 Si Dora sendirik pi cari jantan...adoiiii~.

Yang kelakar tuh time Dora angkut anak die masuk RO. Mau luruh jantung biler dengar Cik Sh halau Si Dora...gegak gempita seluruh alam rasanya, kuat dan nyaring sekali...hahahha. Cik F pun sama...Dora jauh kat sebatu lagi dier dah halau pakai suara ayu dier..hehhe...kadang2 kalau Dora gesel badan dier kat kaki Cik F atau Cik I, bolehlah kiter denagr diorang terjerit2..Hahahaha! diorang nie anti kucing, lagi2 si cik F tuh..Hikhikhik. Kalau saya. saya xhalau guna suara...pakai kaki jer...nampak jek Dora jejak kaki dier kat pintu dapur tuh nagn anak dier, saya pun bukak langkah dan dengan sepantas kilat menjentik telinga dora dengan hujung kaki. Haa! mencicit dier lari...eh? saya bukan sepak tau! jentik jek...jentik-jentik sayang...tapi kalu terkuat sket maaflah yer Dora...hehhehehe.

hey...apa2 sajalah Dora...asal kamu bahagia sajer lerr....harap2 anak2 Dora kali nie hidup sihat dan panjang umurnyer. Amin~