Monday, September 12, 2011

Senyum penuh makna

Hari nih ramai orang mula menjalankan aktiviti senyum2 sebab bayak iklan yang menggalakkan kiter semua senyum.

xdiakui, senyum banyak faedahnye, disamping dapat pahala, ia juga adalah sebagai senaman muka yang paling mudah dan seyuman dapat mengeratkan silratul rahim.

Cuba anda bayangkan.....jika anda pergi ke sebuah bank atas satu urusan, dan anda memberi salam serta senyum pada pekerja di bank tersebut yang bertugas untuk melayan anda, nescaya petugas itu pun akan melayan anda dengan baik2. tapi...bayangkan anda pergi dengan muka masam2, nescaya petugas itu pung rasa nak sepak2 je muka anda.

Kita selalunya ingin orang mempunyai pespektif yng baik terhadap kita, dan tingkah laku serta perwatakan kita selalunya dinilai dari permualaan perkenalan. Jika kita dikenali sebagai seorang yang mudah tersenyum dan mudah bertolak ansur dalam segala hal, mesti berderet2 list orang yang menjadi sahabat kita, tapi kalau kita nih yang jenis masam mencuka cam limau purut, sahkan berkawan nak dekat pun orang xberani.

Orang yang cuba terseyum walapun ketika bermasalah adalah orang yang hebat. Kenapa? ini kerana orang ini akan mendapat kekuatan dari senyuman dan akan cuba mengatasi masalah yang wujud dengan usaha yang xkn putus2. Orang yang suka tersenyum biasanya orang yang senang berjaya dlam hidup. Percayalah!

Namun, seyuman kadang2 banayk cabang maknanya:
1. Senyum ikhlas- senyuman yang bakal mendapat pahala
2. Senyum mengejek- seyuman ni jenis yang suka nak perli2 orang
3. Senyum mengatal- skang nih ramai orang terutamanya lelaki slalu mempraktikkan senyuman nih...so, wahai perempuan2 diluar sana, berhati2lah.
4. Senyuman ketabahan- semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati golongan ini.

kesimpulannya, cubalah senyum2 selalu. Kerana senyum bukannlah sukar dan anda pasti akan merasa kehebatan 'kuasa senyuman' yang tiada tolak bandingannya.

SENYUMLAH~

Senyumlah seikhlas hati, semoga Allah sentiasa merahmati kita.
(sumber gambar;en.google.tq)

No comments:

Post a Comment