Thursday, August 11, 2011

Jalan2 dan Melawat muzium

Semalam, saya dan cik Y telah ke bandar. Mula2 kami ke ASNB kuar duit sket (sket jelah pasal memang ader sket jah..hahahaha). Pastu kami ke MBKT beli tiket untuk Cik Y balik Johor (wuuu...sob3..dier nak tinggal kiter dah). Sambil2 tuh sempat gak naik kat tingkat atas MBKT tu, cik Y beli kain batik sarung untuk neneknye.  Singgah lak kat PSI (Putaka Seri Intan) tepi MBKT tuh nak cari Majalah pendidik dan Majalah Maskulin...tapi 2-2 xder...bergerak plak ke PSI-2 yang berhadapan dengan kompleks2 bank tuh...tapi majalah Maskulin jer yg ader, Majalah Pendidik langsung xjumpa...habis kot..Tapi muka Cik Y memang xleh blah..cam kecewa giler2..yelah...mana xnyer, dalam 2-2 majalah tuh ader artikel pertama En. Abenyer/Tunangnyer..so dia betul nak memiliki. Aiii...nak wat camne...sabar yer cik Y. Dah dapat satu tu dah kira bagus tau. Syukur Alhamdulillah!~

Dari PSI kami bergerak pula ke Desa Murni, gedung pakaian di Kg. Kubang Tangga. Time tuh dah kul 12 tghr. Wuah!! panas giler! dan haus giler2!! kalau bukan bulan puasa nie, maunyer bergeleng2 air kami telan...tapi sebab puasa, "sabar yer tekak, sabar~". Sejam gak kami kat dalam desa murni tuh..tawaf punya tawaf akhirnye Cik Y telah berjaya membeli  sepasang kain yg berukuran 4 meter untuk wat baju kurung. itupun setelah jenuh memilih dan membuat perbandingan sebanyak 441 kali....hehhehe~

Pukul 1, kami bertolak ker Muzium Terngganu dan sampai kat situ lebih kurang pukul 1.30 tengahari. Ini kali pertama saya datang ke muzium ni walaupun pada hakikatnya saya dah bermastautin kat Terengganu ni dah hampir 8 tahun...hehehe...Kalau laa Cik Y x ajak saya datang memang sampai kesudah ler saya x sampai2 ke muzium nih. Cik Y beria2 nak datang sebab hari masa dia, cik D n cik I datang muzium, katanya diaorang xsempat menjelah seluruh muzium. 

Masa kami sampai tuh, langit nampak mendung dan wujudnya awan gelap. hoh! tanda2 nak ujan...tapi Cik Y buat2 x percaya (sebab dia nak gak melawat muzium..hehehe). Lepas parkin kami p surau, tapi tumoang buang hajat jelah sebab ader pak cik2 yg duk tido kt atas beranda surau. Soo...kami terus pegi membeli tiket untuk masuk kedalam muzium. Hoh! tinggi betul tangga dia, lenguh sungguh nak mendaki. tapi yang seronoknya, biler jalan kat atas tangga2 tuh dapat lihat banyak ikan2 berenang didalam kolam dibawah tangga. Best! Kami beli 2 tiket (2 ler..sebab 2 orang.hehehe). Ah! duit tiket x bayar lagi kat cik Y...lupa plak.. jap agi akak byr yer Cik Y..heh. Masa simpan barang, Mak cik kat kaunter tuh tanya "datang dari mana mek?" cik Y jawab "dari Johor"(sebab dia orang Johor).Nasib baik xcakap dari UMT...kalau x, wat malu jek..Mana xnyer, saper xpelik kalau tengah2 hari buta gtu sanggup nak melawat muzium dan ditambah lagi puasa lak. Kalau ckp datang dari jauh mestilah diorang kata "Oh! bagusnya..jalan2 pusing Ganu agaknyer..banyak stamina diorang nih".hahaha~.

2 keping tiket = RM10. Tapi berbaloi2 laa~

Masa masuk kedalam Muzium rasa penyaman udara yang kuat buat kitorang rasa segar sekejap. Ah! selesanya~ kami pusing2 kat tingkat bawah tuh. Kat tingkat bawah nie adanya batu bersurat. Best jugak tengok benda2 bersejarah gini. Pastu adanya galeri tekstil yang memaparkan sejarah Fabrik dan jenis2 Fabrik yang mula2 keluar dulu2 hinggalah Fabrik zaman sekarang. Pakaian2 rasmi pun ada termasuklah persalinan Cik Siti Wan Kembang dan persalinan Puteri Perak. Ada jugak selipar dan terompah orang dulu2 serta tanjak yg biasa dipakai oleh pembesar2 di zaman kesultanan dahulu. Puas pusing2 kami daki tangga naik tingkat 2. Haiyo! daki mendaki nih lemah sket...Penat!~


Pinjam gambar en. goggle jelah...tq


Sampai di tingkat dua kami duduk rehat dikerusi selama 30 saat..kasi hilang mengah jap. sambil duduk2 tuh saya pusing2kan kepala untuk lihat sekeliling tingkat. Muzium ni ditubuhkan pada tahun 1976. Bermula dengan sejarah jumpaan Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902. Batu Bersurat itu dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar Raffles pada tahun 1923, sebabnya xde tempat untuk disimpan.  Setelah Muzium negeri dibina,  Batu Bersurat telah diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri Terengganu dari Muzium Negara pada Julai 1992. (Hebat x ulasan saya? Hahahaha~ semuanya copy paste saja dari laman web Portal rasmi Museum negeri tengganu).





Kat tingakat 2 nie ada 3 bahagian utama ditingkat Galeri kraf, yang memaparkan zaman kegemilangan industri kraftangan yang diwarisi zaman-berzaman. Kesemuanya dihasilkan dengan menggunakan teknologi tradisional berasaskan kemahiran dan kepakaran yang bermutu tinggi, halus dan mempersonakan boleh belajar cara-cara membuat barangan tembaga. Galeri ke 2 ialah Galeri "Raja Kita" yang memaparkan sejarah2 Raja2 Melayu dan Raja2 negeri terengganu. Disini juga ada persalinan lengkap raja2 yang dipakai semasa majlis2 dan lawatan2 rasmi. Keris2 milik sultan2 terengganu yang terdahulu pun ada tersimpan disini. Naik Kuning mata saya tengok semua barang2 berdaulat nie..hehehe. Satu bahagian lagi ialah Galeri petroleum. Kat sini ada tunjuk alat2 dan penulisan tentang cara2 melombong petroleum. Replika2 kapal lombong minyak pun ada...seronok betul tengok benda2 gnie...best! best!...boleh tambah ilmu.


Kat tingkat 3 plak adanya barang2 dari zaman paleolitik, mesolitik dan hinggalah ke zaman moden. ada jugak duit2 syiling keluaran pertama dan ada juga pokok emas. Sebenarnya ada jugak Galeri Islam, tapi saya dah lupa kat tingkat mana, rasanya kat tingkat 3 jugak.Pertengahan tingkat 3 adanya galeri ilmu kejadian. Galeri nie memaparkan koleksi flora, fauna, batuan serta mineral yang terdapat di bumi negeri Terengganu. Ada banyak replika2 binatang serta binatang2 sebenar yang telah diawet termasuklah ikan, dolphin, ular, rangka dinasour, singa, harimau, kancil, rusa, tapir,  burung2 dan banyak lagi lah....xingat ler kalu nak sebut satu2.



Keluar dari bangunan utama nie kami berlari2 anak untuk ke galeri pelayaran dan Perdagangan. Kenapa2 lari anak?...sebab... Hujan dah mula turun, mula2 rintik2 pastu tiba2 turun dengan lebatnya (soo lari2 anak dah bertukar jadi lari2 dewasa~hohoho). Masa kami sampai kat galeri ni yang berupa sebuah rumah kayu,rumah tradisional Melayu iaitu Bujang Berserambi. Ada beberapa orang pekerja kat bawah...tetapi kat dalam xder sesape pun..jadi, apa lagi...kami pun jalan2 laa cam rumah sendiri...hujan turun dengan lebatnyer. Rumah nie ada 3 bilik berasingan. Bilik2 ni menyimpan barang2 dan sejarah yang memperlihatkan sejarah dan latar belakang perahu-perahu besar yang pernah digunakan untuk berdagang pada satu masa dulu di negeri terngganu Disamping itu, bahan-bahan yang turut dipamerkan termasuk model jenis-jenis perahu besar, peralatan-peralatan tradisional yang digunakan dalam proses pembinaan, alat-alat pelayaran, pedoman dan sebagainya. Koleksi yang paling menarik adalah dua buah perahu besar asal, yang sempat diselamatkan untuk diabadikan di tapak pameran Muzium Negeri, berdekatan galeri tersebut. Perahu besar tersebut dinamakan SABAR dan KEMAJUAN (tapi dapat tengok dekat sebab sedang dibaik pulih).


Disebabkan hujan turun dengan lebatnye, kami terpaksa berteduh di galeri ini dahulu selama 20 minit. dan disebabkan terlampau lenguh pinggang, saya berbaring kat dalam galeri ni sambil cik Y cover line takut sape2 masuk. Yang bestnyer, ...dahla berbaring, pastu bukak pulak tv...5 mint saya duk gitu dan tiba2 saya tersedar. "Hesh!! aku nie dah betul2 wat cam rumah sendiri lak..hahha" Cik Y dah gelak guling2..cik Y siap cakap, mesti kalau Cik D ada sama, mesti diapung dah terduduk2 dan terguling2 kat situ tengok gelgat saya...hhehe...nak wat camne? penat wooo...nak bwk moto lagi...hehhehe..harap2 betul2 xdop cctv..heh. (dah chek dah..tapi xtau lah klu tersorok kat mana2..huhu, memang haru ler)


Selepas hujan reda, masa tuh dalam kul 3.00petang, kami pun bergerak ke galeri terakhir..Kalau xpegi, xtau biler lak nak datang, lagipun cik Y sangat beria2 memandangkan galeri nie yang dioarng x dapat masuk hari tuh sebab dah tutup. hei..kesian pulak. Soo redah jelah..tapi berlari2 anak gak untuk mengelakkan ranting2 yang jatuh disebabkan angin kuat.


Galeri terakhir ni ialah Galeri Perikanan dan Taman Laut. Galeri ni memaparkan perkembangan teknologi yang digunakan dalam bidang perikanan oleh para nelayan tradisional sehingga kepada penggunaan teknologi moden hari ini. Galeri ini juga turut memaparkan kehidupan sumber perikanan iaitu organisma hidupan akuatik.


Semasa keluar dari galeri nie, kami menyusuri jalan yang terdapatnya rumah2 lama seprti Rumah bujang dan istana di zaman dulu. Semuanya terdiri daaripada kayu dan berdindingkan buluh. Hebat sungguh seni bina rumah2 ni. tapi sayangnye, pengunjung hanya boleh lihat luaran rumah sahaja dan x dibenarkan masuk kedalam...yelah..rumah nie kan dah lama, mestilah lantai dia dah berkeriut2 kalau dipijak nanti...silap2 hari bulan boleh runtuh pulak...hehehe. Tapi sayangnyer sekeping gambo pung x amik sebab awal2 tadi orang tuh kata xleh amik gambar dalam galeri. Tapi disebabkan sayer nie terlampau baik dan jujur, sekeping gambar hatta kat luar pintu pagar Muzium pun  kami xamik...aiiiii~

Pukul 3.30ptg, kami keluar dari muzium dan merempit balik ke rumah. Di bandar masih hujan rintik2, tapi masuk jer gong badak...Haih? panas giler...xdok ujan sebutir pung...Subhannallah!~ Sampai di RO, kami cepat2 mandi dan solat dan tertido sekejap hinggalah pukul 6.00png kami keluar membeli nasi berini n nasi arab untuk berbuka puasa (xlarat dah nak masak). yang ajaibnye, malam tuh saya x dapat tido walaupun penat, sebalaiknyer orang yang membonceng kat belakang pulak tido mati. Hoh!~

Harap2 satu hari nnt, bole pegi lagi lawat muzium bersama family. Bagi sesape yg memang duk kat Ganu nie...patut pegi larr...sekurang2nyer anda dapat merasai kenyaman Aircorn kat muzium tersebut terutamanya di Galeri Pelayaran dan Perdaganan. Best giler, boleh buat tertido kar ctu. Harharhar~







Wednesday, August 10, 2011

Dora pun puasa?

pagi2, time sahur dora mesti datang mengiaw2 kat pintu dapur...mengalahkan orang nak bersahur lak dia... tapi nak 
  xnak kasi laa jugak makanan...kesian lak...
biler tengahari dia datang lagi tp untuk tido kat kerusi dapur yg empuk tuh jer...biler kasi makan, dier tengok jek...Aik? pose ker?

biler time berbuka...dier pung sibuk datang duk mengiaw2...nak makan...bagi makan terus senyap...yg herannye, makan ngan pelahap,kasi makan tghri, xnak plak...aiii..agaknyer kucing pun ader yg pose gak kot..
cam kucing kat umah kat kampung pun sama gak...xnampak pun makan siang time bulan pose...wohooo~ hebat gak diorang nie...kecik2 pung puasa...kalu nak dibandingkan ngan manusia diorang lagi hebat laa gtu..manusia, suh puasa xnak..siap curik2 makan...malah sanggup lak makan dalam tandas..hape laa, selera lak tuh....aper laa nak jadi..

Eh! jap? kalu betul dora puasa...jadi...wah!!...kalu gtu kena laa wat baju rasa untuk die skali..huff huff...sempat ke nak jahit nie???
err..camner rupanyer baju untuk Dora yer?

Rumah semakin sunyi...

Awal bulan ogos nie...rumah terasa amat sunyi...walaupun masih ada 2-3 orang didalam rumah tapi ianya xsama seperti sebelum nie lagi. Cik D sudah keluar dari rumah oren..perasaan kehilangan tuh memnag xleh nak elak laa..tambah2 lagi cik Y, katanya "bilik rasa kosong jer...wuu..Nak cik D". 
kuih bahulu akan merindui cik D...hehehe

walaupun sebelum nie cik D selau balik KL atau sabah, tapi xlah rasa cam kehilangan sebab tahu dia akn balik semula ke Ro...tapi skang, cik D dah pindah kuar 100%..sob3..dan kalu datang pun sebagai tetamu jek..itupun xtau biler n mesti datang sekejap jek..

Saya pun dah kurang menjalankan aktiviti memasak didapur skang..mana xnyer...Pakar perasa n merangkap juri masakan saya (Cik D ler...hehe) dah xder. biasanyer komen2 beliau yg bernas itulah yg buat sayer dapt improve masakkan saya dari masa ke semasa..hoho. lagipun...bile tinggal  2-3 orang jek kat Ro...cam xberbaloi jer nak masak...klu masak byk membazir, biler masak sket xcukup pulak..haiya! xreti nak bujet..hehehe. nak kelim karipap pun dah xlarat..hehehe..biasanya saya, cik D n Cik y yg duk mengelim, tp biler dah tinggal 2 orang jek..xjadik2 nak mengelim..huhu..campur ngan "M" besar sebenarnyer...Hehehe (M= Malas)

Sejak akhir2 nie..rumah xsegamat dulu..cik S pung xbalik2 lagi..tapi katanya, biler datang nnt nak amik barang n kuar terus..haiya. Cik Y pun nak balik hujung bulan nie, wat balik barang gak...wuuu. diorang nie tah biler lagi boleh jumpa yer...

yang masih tinggal hanya saya, Cik F n Cik I...alih2 biler cik F balik hujung mggu, tinggallah saya n cik I. Cik I pun suka balik kampung gak..soo..home alone ler..wooo...sunyinyer..Tapi apekan daya, sket lagi saya pung akan tinggalkan Ro jugak..Harapan saya semoga walaupun kami dah berpisah nnt, kami tetap saling keep in touch antara satu sama lain..dan semoga kami dapat berkumpul n bertemu lagi. Masa tu sangat2 dinantikan...



Thursday, August 4, 2011

Ramadhan kembali! yeah!

Tahun ini, Bulan Ramadhan yang mulia jatuh pada bulan Ogos yang juga merupakan bulan kemerdekaan. Tambahan pula, syawal dijangka jatuh 31 ogos. Wah! hebat sekali!. Apa2 pun Alhamdulillah kerana Allah masih memanjangkan umur kita semua untuk dapat merasai dan menikmati keindahan bulan Ramadhan.

Seperti yang kita tahu, bulan ini adalah bulan yang paling mulia dan bulan yang paling hebat dari segala bulan. Mengapa? kerana jika seseorang datang pada Allah dan meminta keampunan dari-Nya, Allah akan ampunkan, jika seseorang melakukan sedikit kebaikan didunia pada bulan ini, sejuta pahala akan Allah ganjarkan. Jika seseorang datang memohon pertolongan Allah, akan diperkenankan. 

Meriahnya Ramadhan dikongsi bersama oleh semua Ummat Islam diseluruh dunia.  Kemeriahan makin terasa bila ia diserikan dengan berpuasa pada siang harinya dan bersolat sunat terawikh pada malam harinya. Malah, Bazar2 ramadahan yang menyajikan pelbagai jenis hidangan yang lazat, yang menyelerakan dan yang mahal (hehehehe) mula dibuka dimana2 tempat. Nikmatnya berbuka setelah seharian berpuasa, adalah anugerah yang tidak ternilai kepada kita. Mensyukuri nikmat Allah adalah kewajipan kita sebagai hambaNya.

Namun...sejauh ,mana kita menghayati bulan yang mulia ini? Rata2 hari ini sudah ramai yang ingkar dan tidak menunaikan ibadah puasa. Malah, dahla xpuasa, siap minum dan makan secara terang2ngan di siang hari lagi.  Orang yang bermaksiat juga boleh dilihat terang2 pada hari ini. Apa nak jadi dengan dunia islam kita sekarang? Islam seolah2 hanya pada nama semata2. Mana hormatnya kita pada agama yang mulia ini? Mana perginya rasa malu dan rendah diri kita pada Allah Yang Maha ESA? 

Sama2lah kita bertaubat pada Allah S.W.T. Raikanlah Ramadahan ini dengan rasa rendah diri dan penuh rasa cinta pada-Nya. Semoga Allah membukakan pintu syurga kepada kita dan mengunci rapat pintu neraka. Justeru itu, sama2lah kita berusaha dan berdoa supaya Allah makin sayang pada kita. Penuhkanlah bulan ini dengan menunaikan semua ibadah wajib  dan memperbanyakkan ibadah2 sunnat disamping memberi sedekah pada mereka yang memerlukan. Jika kita sentiasa taat pada perintah-NYA nescaya Allah akan bertambah sayang pada kita.


Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ampunkanlah segala dosa2 kami, terimalah segala ibadah2 kami, bukakanlah pintu2 syurga buat kami dan jauhilah kami dari pintu neraka. Amin~