Wednesday, April 20, 2011

Dora sudah bersalin......lagi..

Dalam tahun nie saja masuk yang ini dah dua kali Dora bunting dan bersalinkan anak dier. Dua kali yer tuan puan, Dua kali!! Tahun lepas 3 ker 4 kali yek? Ermm...Aiihhhh~ Productive betul dier nie. Sket lagi biler anak dier dah mula besar tuh mulalah dier bawak mai umah oren. Kalau stakat bawak jalan2 masuk dapur xper, ini dier gonggong letak kat bawah katil laa, sorok bawah meja laa...tepi tong sampah laa....ish! hai laa Dora...suke sangat memberi keja pada kami yang sedia banyak kerja nih..haihh..

Tahun lepas abis badan saya gatal2, alergik bile Dora wat masuk anak die bawah katil. Katil kan banyak habuk, saya plak anti dengan habuk2 nie, die plak p sorok anak dier kat situ. kul 12.30 malam time nak tido, terdengar bunyi anak kucing...ingatkan bunyi kat luar rumah..skali anak dier terkedek2 kuar dari bawah katil...laaaa....mau jek aku cubit2 pipi dora tuh..Hish! geram betul! nak tido pun xsenang, penyakit pun dapat...huhu..menguji kesabaran betul lah. Aper lagi...esoknye terpaksa plak p cari ubat untuk hilangkan alergik tuh, kalu x satu keja pun xleh buat pasal tangan nie busy tergaru sana, tergaru sini..

Bukan x suke Dora ader anak....suker...suka sangat..tapi itulah...suker sangat menNormadkan anak dier. Kejap ker situ, kejap ker sini, kejap kat rumah oren, kejap kat rumah blakang...haihh! padahal kite dah kasi die tempat yang elok dah, bilik persendirian lagik..dier pindah wat kuar gak. Adoi! Adoi! Adoi! Tambahan pulak anak2 die xhidup lama, semua mati..kena penyakit laa, kena makan dek bapak laa..kang kesian tuh! Bunting penat2, beranak punyalah sakit, alih2 semua mati...kesian si Dora. 

Dora selepas bersalinkan 3 anaknya.


Nak buat camne yer xnak kasi dier asyik nak membunting jek? kalau bawa pi "kassi' cam berdosa dan kesian lak...xbaik tau buang Dora punya tu. Ermmm...kalau halau semua si jantan2 yang datang, alih2 Si Dora sendirik pi cari jantan...adoiiii~.

Yang kelakar tuh time Dora angkut anak die masuk RO. Mau luruh jantung biler dengar Cik Sh halau Si Dora...gegak gempita seluruh alam rasanya, kuat dan nyaring sekali...hahahha. Cik F pun sama...Dora jauh kat sebatu lagi dier dah halau pakai suara ayu dier..hehhe...kadang2 kalau Dora gesel badan dier kat kaki Cik F atau Cik I, bolehlah kiter denagr diorang terjerit2..Hahahaha! diorang nie anti kucing, lagi2 si cik F tuh..Hikhikhik. Kalau saya. saya xhalau guna suara...pakai kaki jer...nampak jek Dora jejak kaki dier kat pintu dapur tuh nagn anak dier, saya pun bukak langkah dan dengan sepantas kilat menjentik telinga dora dengan hujung kaki. Haa! mencicit dier lari...eh? saya bukan sepak tau! jentik jek...jentik-jentik sayang...tapi kalu terkuat sket maaflah yer Dora...hehhehehe.

hey...apa2 sajalah Dora...asal kamu bahagia sajer lerr....harap2 anak2 Dora kali nie hidup sihat dan panjang umurnyer. Amin~

Wednesday, April 13, 2011

variasi Mug2

Anda memiliki mug sendiri untuk minum air? Adakah ia Mug yang biasa seperti ini? :
Atau adakah ianya berbentuk dan comel-comel seperti ini? :
Ini? :

 dan Ini? :





Sekarang nie, Mug2 berbentuk dan bergambar 
binatang banyak dijual di pasaran
malah ianya cantik2 belaka.

Ini Mug kucing :

 Mug kuda belang :






Mug Kucing lagi.....mioww~ :




Mug Anjing plak:



dan ader jugak En. gajah yang comel~ :





Pastu ada lagi mug yang berbentuk cute cam mug kereta nie:


yang ini ada bentuk muka lagi :




tangkainya berbentuk love :


Err...ader jugak berbentuk lembu susu :



Mug bertutup :



Mug Angel ? :



waaa~ Batman pun ader :
Malah ada yang didatangi secara berkembar cam ini:

dan ini:

Tapi sanggupkah anda minum menggunakan mug ini :




Dan................


inii???... Errr...saperlah yang reka mug comel nie..hhahaha ..sengalll~ Tapi kreatif sangat pereka nie~




Sunday, April 10, 2011

Tomato, ubat panjang UMUR


Sebut saja tentang tomato, hampir semua orang mengenalinya namun hanya segelintir sahaja yang menggemarinya. Malah jika dikaji dalam lingkungan 10 orang, hanya 3-4 orang sahaja akan memasukkan tomato didalam hidangan makanan mereka. Bagi mereka yang menggemari tomato, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa buah ini enak jika digandingkan denagn pelbagai jenis makann malah ia boleh dimakan mentah. Rasanya yang masam manis serta isinya yang lembut untuk dikunyah menjadi pilihan penduduk di Mediterranean dan Asia Barat sebagai bahan asas di dalam masakan mereka.

Pengenalan:
Tomato atau nama Botaninya Lycopersicon esculentum ,berasal dari keluarga Solanaceae dan tergolong dalam kumpulan sayur-sayuran. Tomato boleh dijumpaai dalam pelbagai warna iaitu merah, merah jambu, jingga atau kuning dan bersaiz dalam lingkungan diameter 1 hingga 6 inci serta mempunyai bentuk yang berbeza-beza. Ia kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan Vitamin C. Selain itu ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, kalsium, potasium, asid folik dan garam mineral. berasal dari keluarga

Tomato terdapat dalam 3 bentuk yang utama iaitu:

  • Tomato yang berbentuk bulat






  • Tomato yang bersaiz kecil dan seperti buah ceri

  • Tomato yang bersaiz besar dan berbentuk tembam seperti buah labu












Tomato mengandungi pigmen yang berwarna merah yang dikenali sebagai lykopene iaitu karotenoid atau sebatian semulajadi yang memberikan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semulajadi yang baik untuk badan.

Kandungan nutrisi dalam tomato (dalam sajian123g)
Tenaga (kilokalori) - 26
air (%)                      - 94
Fiber (g)                   - 1
Lemak (g)                 - 0
Karbohidrat (g)       - 6
protein (g)                - 1

Mineral (mg)
Kalsium                   - 6
Iron                       - 1
Zink                       - 0
Manganese             - 0
Potassium               - 273
Magnesium              - 14
Phosphorus             - 30

Vitamin (mg): 
Vitamin A                -76 RE
Vitamin C                - 23
Thiamin                  - 0.1
Riboflavin                - 0.1
Niacin                    - 1
Vitamin B6              - 0.1
Folate                    -18mikro gram
Vitamin E                - 0


Khasiat Tomato:
Lycopene dalam tomato didapati lebih efektif sebagai antioxidant berbanding beta carotene dan alpha tocopherol. Antioxidant adalah amat penting sebagai pelindung kepada sel-sel badan dari tindakan radikal-radikal bebas yang boleh merosakan sel. Setelah dihadam, Lycopene akan dikumpulkan di organ tertentu badan seperti hati, paru-paru, pundi prostat, usus besar dan kulit. Disamping itu, Lycopene juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. kajian menunjukkan bahawa kandungan  Lycopine begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Penyelidik dari Universiti Harvard membuat rumusan dari kajian mereka bahawa penggunaan tomato dalam hidangan makanan dapat mengurangkan risiko kanser kepada anggota badan terutama kanser prostat. Sayur-sayuran lain turut diuji dalam kajian tersebut namun tomato memberikan keputusan yang paling baik.

Selain antioksida, tomato juga membekalkan sebayak 40% keperluan  harian vitamin C. Vitamin C amat diperlukan oleh sistem pertahan badan supaya sentiasa berfungsi dengan baik. Selain tomato, vitamin C juga boleh didapati dalam sayur-sayuran lain dan buah-buahan segar.  

Sifat alkali yang terkandung dalam buah tomato dapat mengimbangkan dan meneutralkan tubuh badan akibat daripada kekerapan mengambil makanan bersifat asid. Makanan berasid boleh mengakibatkan sakit kepala , kesukaran penghadaman, keletihan, kesukaran untuk tidur, sakit sendi, sakit otot dan sebagainya. Badan mempunyai kemampuan sendiri dalam mengimbangkan PH, asid dan alkali melalui buah pinggang dan paru-paru. Pengambilan makanan bersifat alkali seperti tomato dapat membantu mewujudkan keseimbangan ini.


Kelebihan pengambilan anti-oksida kepada tubuh badan kita 
  • Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
  • Menghalang pembengkakan dan keradangan
  • Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan

Petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato:

1. Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

2. Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

3. Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

4. Menghilangkan jerawat

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak dan jerawat.

 5. Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.
Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit


Kesimpulan: 
Pengambilan makanan yang mengandungi antioksida seperti tomato dapat memberikan tahap kesihatan yang baik kepada seluruh anggota badan kita terutamanya kulit, paru-paru, jantung, dan hati. Kesihatan yang baik dapat melanjutkan jangka hayat seseorang. Oleh itu, untuk hidup lebih lama kita perlukan makanan berkhasiat seperti tomato sebagai UBAT panjang umur.


Rujukan:
Anon (2002). Encyclopedia of foods; A guide to healthy nutrition, Mayo Clinic, University of california Los angeles, and Dole Food company, Inc. California, USA.

TOMATO sangat Sedap tau! CUBALAH!

Thursday, April 7, 2011

Tumis Ikan Masin


Bahan2:
  • 2-3 keping ikan masin (Ikan Kurau/ Terubok kering)
  • 1 labu bawang Holand (dihiris)
  • 6-7 cili padi. (dipotong)

Cara2 penyediaan:
  1. Goreng ikan masin terlebih dahulu.
  2. Setelah masak, tumbuk dan cerai2kan isi ikan tersebut. Ketepikan.
  3. Tumis bawang holand dan cili padi, setelah agak layu masukkan ikan masin dan goreng sehingga isi ikan sedikit garing.
  4. Sedia dihidang.


Saya Jelita berbicara:
Ikan masin di rumah RO nie di datangkan dari sabah oleh Cik D dan Cik Y. Memang sedap laa ikan2 nie. tapi masalhnya sangat keras dan menyakitkan gigi biler manggigit. Jadi biler wat sambal tumis nie, laju sket nak makan sebab isi ikan tersebut dah ditumbuk terlebih dahulu. Rasanya memang sedap!~

Wednesday, April 6, 2011

Sayang adikku sayang~

Tiba2 terasa ingin bercerita tentang adik saya. Mungkin kerana tarikh lahirnya baru tiba hari tu  iaitu 3/4/2011 dan sedikit sebanyak timbul rasa bersalah kerana tidak berkesempatan memberikannya hadiah. Bukan apa, kami masih xbekesempatan untuk berjumpa lagi, yelah...saya di Terengganu, dia di Pahang...jarak menjadi pemisah antara kami.

Adik saya lahir 6 tahun selepas saya. Masa saya belajar di Tadika, ibu saudara saya, Kak Dah bertanya samaada saya mahu adik tak? ketika itu saya yang masih naif hanya mengangguk saja. Rupa2nya Maa sudah mengandungkan adik ketika itu. Maa bersalinkan adik di Hospital Kota bharu. Dalam kami empat beradik, adik seorang saja dilahirkan dihospital. yang lain2nya dilahirkan dirumah malah berbeza tempat, kakak di Kg. Alor pasir, Kelantan, abang di Kg. Guntung Dalam, Terengganu manakala saya diKg. Peringat, Kelantan. Masa Maa dibenarkan keluar hospital saya mengikut Mek (nenek) untuk menjemput mereka pulang kerumah. ketika Dr. menyorong seorang bayi perempuan dalam kereta sorong setelah selesai dimandikan dan diletakkan bersebelahan katil Maa, Mek lekas2 menarik tangan saya dan mengangkat saya kedukungnya dan menunujukkan bayi tersebut kepada saya sambil berkata "come dok, nie adik baru nie, adik (merujuk kepada saya yang masih dipanggil adik) suko dok?" saya hanya diam dan mengangguk saja. "nak wat kelik adik dok?" mek tanya lagi..dan saya angguk lagi.
Masa tiba dirumah ada jiran beberapa orang jiran menuggu kami dan. Abah Che' wa (atuk). semua berebut2 nak tengok adik. saya masih xrasa apa2. Perasaan ketika itu masih xdapat ditafsirkan malah saya ingat2 lupa. yang saya ingat, saya sibuk meratah ayam yang dibungkus Maa dari hospital. Masa kakak dan abang balik baru saya menyertai mereka tengok adik. Saya bertaya pada Maa.."bakpo muko adik meroh?" maa jawab..."adik kee baru tubik dari perut, nanti esok luso kulit dier jadi macam adik (saya) laa" tapi biler esok lusanya saa tengok kulit adik xjadi cam saya pung...ermmm..kulitnya putih, kulit saya koko...ermmm...tipu2....xjadi cam saya pung.. hehehe~

Masa adik umur setahun, dan saya dah mula dukung adik dan bawak die jalan keliling rumah...mulutnya becok sungguh, macam bertih jagung bunyinya..poh pah poh pah..hehehe...Jiran kitaorang puji saya sebab kecik2 pun pandai dan larat dukung adik padahal saya mas tu kurus cekeding...hehehe..adik masa kecik sangat comel sebab mukanya bulat dan suka tersenyum...sekarang pun laaagii bulat....hehehehe, cam saya. adik nie manja2 dan selalu jugak dengan saya, kami main bersama,makan bersama dan tido bersama2. Adik jugalah yang panggil saya Kak Cik. mula2 maa dan kakak dah buntu nak panggil saya dengan panggilan apa. mula maa panggil siti, tapi kakak dan adik pun siti gak malah sepupu kami pun ader yang dipanggil Siti. soo..kakak try lah panggil saya Ilah..tapi masa dia panggil saya ketika dimasjid ader plak jiran kami yang hujung namanya ader "Lah" jugak terperasan...Hahahaha....Satu hari maa bahasakan saya dan kakak sebagai Kak Besar dan Kak Kechik tapi si adik yang dah boleh becakap lincah nie terus panggil saya kak chik...maka sejak hari tulah nama timangan saya kak chik, dan bukan dalam keluarga sahaja yang mengenali nama tuh malah jiran2 sekampung dan kawan2 sepupu pun panggil kak chik gak.

Cepatnya masa berlalu, zaman kanak2 dah kami tinggalkan. kini usia adik dah menjangkau 20 tahun dan saya? kiralah sendiri...hehehe....(sambil senyum tersengih2). Adik masih sama seperti waktu keciknya, bulat dan comel, nakal, manja dan suka ketawa...tapi kuat merajuk dan 'bekeng' jugok. kadang2 saya bergaduh gak nagn die, biasalah..gaduh2 sayang xlama, seminit dua baiklah semuala. Skang saya dah Sambung Master  kat UMP dan adik pulak ngah ambil degree kejuruteraan awan di UMP. kadang2 kami berhubung2 juga bertanya khabar dan bertukar2 pendapat..yelah bukan selalu boleh jumpa, tapi adik nie selalu jeles sebab sekurang2nya sebulan sekali saya boleh gak balik Kampung, dia xleh...hehehe..tu pun sebab saya tekad merempit ngan moto Kriss untuk jengok maa.

Kadang2 dirumah oren nie, bila Adik Cik Y, Cik J datang saya terhibur juga...sekurang2nya rindu pada adik terubat... perangainya dan kakaknya yang nakal dan comel2 memang seperti bayangan saya dan adik, tapi tu kalau time aman dami laa..tapi biler diorang dah start berperang..haihh! mau gamat seluruh rumah oren dan saya serta merta dijangkiti penyakit pening kepala...yohh~

Biarpun masa berlalu dan usia kami semakin menigkat, saya berdoa pada Allah supaya hubungan saya dan adik berkekalan sampai biler2. Tak kisahlah dier dah jadi kerepok, berkedut time tua nanti dan berjalan terbongkok2 cam mak Aji...hahahha...dialah adik saya dunia dan akhirat, Saya sentiasa mendoakannya supaya panjang umur, murah rezeki, dipertemukan jodoh yang baik dan segala impiannya terlaksana suatu masa nanti.

Maa, kak, Abe dan adik...Kak chik menyayangi kalian lebih dari segala2nya..biarpun disogok emas dan permata, hanyalah kalian berempat saja menjadi pilihanku. (Isk3~sob2). Semoga Allah melindungi kalian dunia dan akhirat dan terima kasih kak chik ucapkan kerana menjadi Ibu, kakak, abang dan adik yang sangat menyayangi dan memahami kak chik. Terima Kasih.~ (hee...malu laa)


P/s: Happy belated birthday adik. Sweet 20~

Ulam Daun Selom

Sekiranya anda penggemar ulam2an, daun selom atau nama botaninya Oenanthe javanica memang tidak asing lagi bukan saja dikalangan orang melayu, malah kini orang cina, india dan kaum2 yang lain turut menggemarinya. Tumbuhan ini boleh dijumpai hampir seluruh kawasan Asia, terutamanya India, Pakistan, Jepun, Taiwan dan China. Ianya tumbuh liar dikawasan bertanah lembap seperti paya dan tepi sungai. Daun dan batangnya berwarna hijau dan bunganya bersaiz kecil dan berbunga kecil.  Rasanya yang lemak-lemak dan sedikit pedas memang menambat hati pengemarnya. Ia sesuai dicicah sambal, budu atau cincalok dan dimakan bersama nasi.



Jika dilihat dari segi perubatan, selom adalah sangat bernilai tinggi dan mengandungi 91.6%air, 1.1% protein, 4.4%karbohidrat, 1.0% serabut, 1.5% abu serta 0.4% lemak. Hampir setiap bahagian pokok selom mempunyai fungsi dan nilainya dalam perubatan. Batang serta daun salon dikatakan boleh meredakan bisul, gigitan yang disebabkan oleh kuda,kala jengking, ular dan di tempat yang bengka. ini boleh dilakukan dengan menumbuk lumat batang dan daunnya lalu ditampal pada tempat yang sakit.

sekiranya anda terkena jangkitan deman selmema, ambilah beberapa batang selom, rebus serta minumlah airnya. dengan cara ini deman akan cepat kebah. Malah, air rebusan ini juga dijadikan penawar untuk penyakit kesukaran membuang air kecil dan buang air bercampur darah.  Buah selom boleh digunakan untuk merangsang pengeluaran angin dari perut dan usus . Bijinya pula boleh menjadi penawar kepada pesakit yang darahnya berlebihan dalam salur darah.

selom turut ditanam namun penanamnya tidaklah begitu meluas dan hanya bertujuan untuk keperluan sendiri atau dijual secara kecil2an. Masyarakat hari ini semakin hari semakin mula melupai ulam2an. Namun hal ini seharusnya tidak berlaku dan masyarakat perlu disarankan dan diperkenalkan dengan kebaikan dan khasiat ulam2an. Ini kerana ulam2an termasuklah salon merupakan khazanah alam yang sangat berharga dan tiada tolak bandingnya.

Tuesday, April 5, 2011

Bicara karipap dari dapur RO~

Hahahaha~ tengahari semalam kitaorang bertiga, saya, Cik I, dan Cik D. belajar mengelim karipap dari cik Y. Semua aktiviti memasak inti dan menyediakan pastri di jalankan oleh Cik Y seorang, tapi time kelim tu pakat2 laa tolong...Karipap ayam tau! yummy!~


 Jari yang halus dan runcing nie semestinyalah tangan I....
Harharhar...tangan cik Y laa..heh!~ Ni laa caranya nak mengelim karipap.


Tapi yang kalakar tu, biler tengok hasil keliman setiap orang. Keliman permulaan tuh tak yah cakap rrr, semuanya benkang bengkok xjadi kecuali karipap Cik Y, yelah...dier kan sifu, mesti mantain beb~ klu bab2 wat kueh nih kita kena serah kat cik Y, dier memang terer habis laa, kuar jer dari perut mak dier terus blajar wat kueh2 nie~hehehe..anak tokey kueh laa katakan..hoho. 

Cik I punya kelim halus2 jek...almaklumlah jarinyer runcing2, mestilah karipap pun dah jadi sekecik dan semolek tuan dier..hoho...tapi yang xtahan tuh, biler sampai keliman yang paling last, mesti ader 'ekor'..mula2 dier potong ekor tuh, tapi nampak cacat lak..haha..patsu dier lipat jek ekor tuh...'jadilah karipap ekor berlipat'...Harharharhar~

Cik D punya kelim, awal2 memang herot2, lama2 wat dah jadi makin cantik, tapi....makin lepas dah 10 karipap dier kelim, mulalah karipap tuh dah jadi lain...mula2 kelim comel jek, tapi biler sampai kt tengah karipap tuh kelim jadik besar2, biler sampai hujung karipap tuh dah xnamapak rupa..Harharharhar~ yang x tahan tuh, karipap dier siap bertampal lagi....... ..bocor...Hahahhahahahahahaahahahahah~

Yang saya punya mestilah comel, montok2 cam tuan dier...ehhehehe~ keliman saya besar2 ngat, almaklumlah jari tangan saya nie bukan saja montok, gebu malah besor2 pulak..heh..xpe, saya sangat bersyukur Allah berikan tangan dan jari yang cantik ini...mujur ader tangan tau, bole kelim karipap...hehehe,,'Karipap montok'.

Tapi, serius cakap...bukan senang nak wat karipap nie. Silap klim memang xder rupa karipap laa. So, lain kali kitaorang xkan kutuk2 lagi kalau terbeli karipap yang xcantik, sebab orang yang buat tuh dah sedaya upaya nak wat yang terbaik..Insaf beb..pengajaran dari sebijik karipap.


macam nielah rupanya encik2 karipap yang sudah siap di klim..cantikkan? 
cam tuan yang mengelim yang buat le...hehe~


Tapi memang gamat laa bile PRO masuk dapur...ader2 jek yang jadi bahan lawak. jiran kat umah belakang tuh dah lali agaknyer asyik dengar kitaorang gelak2 kat dapur...eh! kitaorang bukan saja2 gelak tau...tengah berlatih vokal,.. Siti Nurhaliza dulu pun blatih vokal time jual karipap jek, tuu yang kitaorang try berlatih cara dier, mana laa tau kan..satu hari nanti kitaorang pun boleh jadi artis, bentuk satu kumpulan........kumpulan aper??? 
kumpulan katak panggil hujan...HAhahhahahaa~




Friday, April 1, 2011

LAKSA PENANG

 Alamak! gambar nie..terlupa letak kuah plak..aiya..

Bahan2 (hidangan untuk 5-7 orang):

Bahan A (kuah):
  • 1 kg ikan selayang - direbus dan diambil isinya
  • 1 biji bawang holand
  • 5 ulas bawang Merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5-7 biji cili kering - direbus terlebih dahulu
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 2 inci belacan - dibakar
  • 7-10 tangkai daun kesum - ambil daunnya sahaja
  • 2-3 keping asam gelugor
  • Garam

Bahan B:
  • Laksa kering - direbus
  • Ulam2an - timun, salad, cili padi, limau kasturi, nenas, bawang besar
  • 3-5 biji telur - rebus

Langkah2 penyediaan:
  1. Kisar isi ikan, bawang merah, bawang holand, bawang putih, bawang putih, cili kering, sekuntum bunga.kantan, dan belacan.
  2. Tuang bahan kisar kedalam periuk dan tambahkan sedikit air lagi supaya kuah tidak terlampau pekat. Masak dengan api yang sederhana. Kacau perlahan2.
  3. Ambil sekuntum lagi bunga kantan dan belah dua. Tambahkan bunga kantan tersebut, daun kesum dan asam gelugor kedalam periuk.
  4. Tambahkan garam, dan perasakan. Biarkan mendidih selama 7-10 minit, tutupkan api.
  5. Hiris ulam2an.
  6. Isikan laksa kedalam mangkuk, campurkan ulam2an, telur dan tuangkan kuah. Sedia untuk dimakan.

LAKSA KELANTAN


Bahan2 (hidangan 3 orang)
  • 3-4 ekor ikan selayang
  • Santan- RM2 (saya guna santan kotak)
  • Bawang merah - 5 ulas
  • Bawang putih - 1 Ulas
  • Asam keping - 1 keping
  • Gula
  • Garam
  • Laksa
  • Ulam2an - timun, kacang panjang, kubis/ salad

Cara2 memasak:
  1. Rebus ikan sehingga masak dah ambil isi ikan tersebut.
  2. Kisar isi ikan, bawang merah dan bawang putih.
  3. Tuang bahan kisar ke dalam periuk dan tambahkan santan serta asam keping. Masak dengan api yang sederhana dan kacau tanpa henti supaya kuah laksa tidak berketul2.
  4. Setelah masak, tutup api dan kacau seketika kuah tersebut selama beberapa minit sehinggalah ia sejuk sedikit.
  5. Hiris Ulam2an halus2.
  6. Kemudian, tuangkan kuah kedalam mangkuk berisi laksa dan ulam2an. Sedia untuk dimakan!~

KETUPAT SOTONG KELANTAN


Bahan2 (Hidangan untuk 6 orang) :
  • Sotong - 1kg
  • Santan - 1/2 kg
  • Beras pulut - 1 mangkuk, dibasuh bersih
  • Serai - 2 batang, diketuk
  • Gula melaka - 1 keping
  • Garam - 1 sudu teh
  • Gula - tambah ikut suka.
  • Lidi - dipotong pendek2 sepanjang 3cm.

Cara2:
  1. Bersihkan sotong dan sumbatkan sotong dengan beras pulut. Tutup perut sotong menggunakan kepalanya dan sematkan dengan lidi.
  2. Susun sotong didalam 1 periuk, masukkan semua bahan2 lain kecuali gula.
  3. Hidupkan api dan masak sehingga pulut benar2 lembut. Tambahkan gula jika kemanisannya masih tidak mencukupi.

Senang kan? Selamat mencuba~

MARI MEMASAK! ~

Hye~ Jumaat datang kembali. Hari jumaat adalah hari dimana saya dan PRO yang lain memasak besar2an. Memang hari biasa pun kami masak2 tapi, Jumaat mesti ader menu special tau. Menu special yang biasa kami masak adalah nasi ayam, nasi arab, sushi, soto, laksa Penang, laksa Johor, mee rebus Johor, Bihun sup, bihun rebus, nasi kerabu, spageti, nasi lemak daun pisang, puding caremel, puding roti bakar, dan macam2 lagilah. Kalau nak senaraikan semua kat sini, jenuhlah saya...lenguh jari tau! siapa nak urut jari2 saya yang chumil2 nie...heheh.

Ah! berbalik pada cerita kita, hari nie saya masak lagi special. Semalam Cik D Beli Laksa kat pasar malam, pastu xsedap katanya, so dier request kat saya suh masak. Soo, saya penuhilah kehendaknye, best jugak makan laksa nie, dah lama xmakan. Hari nie lah 1st time saya masak laksa tau. Biasanya tetamu rumah oren iaitu kak Shima yang slalu masakkan laksa Penang untuk kami...hehehe..dier masak memang terer laa...main campak2 dan siap pejam mata lagi...hasilnyer memang Kaw lah...Sedap giler!~xleh tanding mana2 kedai laa... 

Time saya p kedai untuk beli ikan dan barang2 untuk wat laksa tuh, ternampak lak sotong yang segar2, so beli laa setengah kilo. Bukan aper, teringat kat kawan2 PRO laa, diorang dah lama request mintak nak makan ketupat sotong. Susah nak cari sotong yang segar2 skang nie, musim xmenentu dan nelayan jarang turun laut..soo alang2 dah jumpa yang segar tu sambar jelah...hihihi.. Bila Cik Sy balik nanti, ingatnyer nak wat ketupat sotong versi terengganu lak laa. hoho...cuber blaker.


Masa rebus ikan tu, tengok cam banyak plak, so apalagi...terus wat laksa lemak klate sket, lama dah x makan...hihihi.....hari tu masa balik kampung ader request kat Maa tapi xsempat nak buat,, sebab banyak sanagt senarai yang perlu Maa tunaikan..hihihi....biaser laa kan, balik skali sakala, rindu masakan ibu (alsan gedik..hahhaha*). Tapi, xsangka betul laa.. walaupun 1st time masak laksa Penang, laksa Klate dan ketupat sotong nie, menjadi tau...diorang kata sedap jek. Alhamdullilah ~ suker betul laa biler dengar orang kata sedap. Rasa cam penat memasak tu hilang serta merta..hehhe...(over la plak kan...). 

Cik Y dan Cik D duk pulun makan ketupat sotong, tapi kepala sotong banyak lagi tertinggal dalam periuk tuh...hahaha, diorang xberani nak makan katanye, tengok sotong tu cam zombi kot...hahha (Yehaaa!). Cik I plak duk angkut laksa penag bermangkuk2...katanya teringin ngat nak makan bensa masam2. pastu aper lagi...duk ulang2 masuk bilk termenung pasal terlebih perah asam limau...aiya, kesian sungguh.

Memang best memasak biler masakan kiter nie menjadi dan rasa cam dihargai biler orang kater sedap... tau x, memasak untuk orang lain dapat banyak pahala tau (kalau xmerungut laa) pastu boleh menyucikan hati kiter lagi...(Dr. Fazhilah Kamsah yang cakap). Bagi saya, memasak merupakan satu terapi yang boleh menenangkan diri dan menghilangkan stress, biler memasak tumpuan diberikan sepenuhnya pada kerja2 memasak, jadi minda kiter secara xlangsung rehat dari fikir hal2 lain...sama seperti time solat...kita akan rasa tenang dan gembira.

Saya ader masukkan ketiga2 resepi  tadi kat segmen Resepi di Rumah Oren, ringkas, mudah, cepat dan sedap...Hahahaha.....cam iklan kat Tv lak..hehehe. Weeeee~ x sabar palak nak tgu jumaat depan, nak masak2 lagik!~Yehaaaa!~