Sunday, April 10, 2011

Tomato, ubat panjang UMUR


Sebut saja tentang tomato, hampir semua orang mengenalinya namun hanya segelintir sahaja yang menggemarinya. Malah jika dikaji dalam lingkungan 10 orang, hanya 3-4 orang sahaja akan memasukkan tomato didalam hidangan makanan mereka. Bagi mereka yang menggemari tomato, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa buah ini enak jika digandingkan denagn pelbagai jenis makann malah ia boleh dimakan mentah. Rasanya yang masam manis serta isinya yang lembut untuk dikunyah menjadi pilihan penduduk di Mediterranean dan Asia Barat sebagai bahan asas di dalam masakan mereka.

Pengenalan:
Tomato atau nama Botaninya Lycopersicon esculentum ,berasal dari keluarga Solanaceae dan tergolong dalam kumpulan sayur-sayuran. Tomato boleh dijumpaai dalam pelbagai warna iaitu merah, merah jambu, jingga atau kuning dan bersaiz dalam lingkungan diameter 1 hingga 6 inci serta mempunyai bentuk yang berbeza-beza. Ia kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan Vitamin C. Selain itu ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, kalsium, potasium, asid folik dan garam mineral. berasal dari keluarga

Tomato terdapat dalam 3 bentuk yang utama iaitu:

  • Tomato yang berbentuk bulat






  • Tomato yang bersaiz kecil dan seperti buah ceri

  • Tomato yang bersaiz besar dan berbentuk tembam seperti buah labu












Tomato mengandungi pigmen yang berwarna merah yang dikenali sebagai lykopene iaitu karotenoid atau sebatian semulajadi yang memberikan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semulajadi yang baik untuk badan.

Kandungan nutrisi dalam tomato (dalam sajian123g)
Tenaga (kilokalori) - 26
air (%)                      - 94
Fiber (g)                   - 1
Lemak (g)                 - 0
Karbohidrat (g)       - 6
protein (g)                - 1

Mineral (mg)
Kalsium                   - 6
Iron                       - 1
Zink                       - 0
Manganese             - 0
Potassium               - 273
Magnesium              - 14
Phosphorus             - 30

Vitamin (mg): 
Vitamin A                -76 RE
Vitamin C                - 23
Thiamin                  - 0.1
Riboflavin                - 0.1
Niacin                    - 1
Vitamin B6              - 0.1
Folate                    -18mikro gram
Vitamin E                - 0


Khasiat Tomato:
Lycopene dalam tomato didapati lebih efektif sebagai antioxidant berbanding beta carotene dan alpha tocopherol. Antioxidant adalah amat penting sebagai pelindung kepada sel-sel badan dari tindakan radikal-radikal bebas yang boleh merosakan sel. Setelah dihadam, Lycopene akan dikumpulkan di organ tertentu badan seperti hati, paru-paru, pundi prostat, usus besar dan kulit. Disamping itu, Lycopene juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. kajian menunjukkan bahawa kandungan  Lycopine begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Penyelidik dari Universiti Harvard membuat rumusan dari kajian mereka bahawa penggunaan tomato dalam hidangan makanan dapat mengurangkan risiko kanser kepada anggota badan terutama kanser prostat. Sayur-sayuran lain turut diuji dalam kajian tersebut namun tomato memberikan keputusan yang paling baik.

Selain antioksida, tomato juga membekalkan sebayak 40% keperluan  harian vitamin C. Vitamin C amat diperlukan oleh sistem pertahan badan supaya sentiasa berfungsi dengan baik. Selain tomato, vitamin C juga boleh didapati dalam sayur-sayuran lain dan buah-buahan segar.  

Sifat alkali yang terkandung dalam buah tomato dapat mengimbangkan dan meneutralkan tubuh badan akibat daripada kekerapan mengambil makanan bersifat asid. Makanan berasid boleh mengakibatkan sakit kepala , kesukaran penghadaman, keletihan, kesukaran untuk tidur, sakit sendi, sakit otot dan sebagainya. Badan mempunyai kemampuan sendiri dalam mengimbangkan PH, asid dan alkali melalui buah pinggang dan paru-paru. Pengambilan makanan bersifat alkali seperti tomato dapat membantu mewujudkan keseimbangan ini.


Kelebihan pengambilan anti-oksida kepada tubuh badan kita 
  • Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
  • Menghalang pembengkakan dan keradangan
  • Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan

Petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato:

1. Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

2. Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

3. Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

4. Menghilangkan jerawat

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak dan jerawat.

 5. Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.
Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit


Kesimpulan: 
Pengambilan makanan yang mengandungi antioksida seperti tomato dapat memberikan tahap kesihatan yang baik kepada seluruh anggota badan kita terutamanya kulit, paru-paru, jantung, dan hati. Kesihatan yang baik dapat melanjutkan jangka hayat seseorang. Oleh itu, untuk hidup lebih lama kita perlukan makanan berkhasiat seperti tomato sebagai UBAT panjang umur.


Rujukan:
Anon (2002). Encyclopedia of foods; A guide to healthy nutrition, Mayo Clinic, University of california Los angeles, and Dole Food company, Inc. California, USA.

TOMATO sangat Sedap tau! CUBALAH!

No comments:

Post a Comment