Wednesday, April 6, 2011

Sayang adikku sayang~

Tiba2 terasa ingin bercerita tentang adik saya. Mungkin kerana tarikh lahirnya baru tiba hari tu  iaitu 3/4/2011 dan sedikit sebanyak timbul rasa bersalah kerana tidak berkesempatan memberikannya hadiah. Bukan apa, kami masih xbekesempatan untuk berjumpa lagi, yelah...saya di Terengganu, dia di Pahang...jarak menjadi pemisah antara kami.

Adik saya lahir 6 tahun selepas saya. Masa saya belajar di Tadika, ibu saudara saya, Kak Dah bertanya samaada saya mahu adik tak? ketika itu saya yang masih naif hanya mengangguk saja. Rupa2nya Maa sudah mengandungkan adik ketika itu. Maa bersalinkan adik di Hospital Kota bharu. Dalam kami empat beradik, adik seorang saja dilahirkan dihospital. yang lain2nya dilahirkan dirumah malah berbeza tempat, kakak di Kg. Alor pasir, Kelantan, abang di Kg. Guntung Dalam, Terengganu manakala saya diKg. Peringat, Kelantan. Masa Maa dibenarkan keluar hospital saya mengikut Mek (nenek) untuk menjemput mereka pulang kerumah. ketika Dr. menyorong seorang bayi perempuan dalam kereta sorong setelah selesai dimandikan dan diletakkan bersebelahan katil Maa, Mek lekas2 menarik tangan saya dan mengangkat saya kedukungnya dan menunujukkan bayi tersebut kepada saya sambil berkata "come dok, nie adik baru nie, adik (merujuk kepada saya yang masih dipanggil adik) suko dok?" saya hanya diam dan mengangguk saja. "nak wat kelik adik dok?" mek tanya lagi..dan saya angguk lagi.
Masa tiba dirumah ada jiran beberapa orang jiran menuggu kami dan. Abah Che' wa (atuk). semua berebut2 nak tengok adik. saya masih xrasa apa2. Perasaan ketika itu masih xdapat ditafsirkan malah saya ingat2 lupa. yang saya ingat, saya sibuk meratah ayam yang dibungkus Maa dari hospital. Masa kakak dan abang balik baru saya menyertai mereka tengok adik. Saya bertaya pada Maa.."bakpo muko adik meroh?" maa jawab..."adik kee baru tubik dari perut, nanti esok luso kulit dier jadi macam adik (saya) laa" tapi biler esok lusanya saa tengok kulit adik xjadi cam saya pung...ermmm..kulitnya putih, kulit saya koko...ermmm...tipu2....xjadi cam saya pung.. hehehe~

Masa adik umur setahun, dan saya dah mula dukung adik dan bawak die jalan keliling rumah...mulutnya becok sungguh, macam bertih jagung bunyinya..poh pah poh pah..hehehe...Jiran kitaorang puji saya sebab kecik2 pun pandai dan larat dukung adik padahal saya mas tu kurus cekeding...hehehe..adik masa kecik sangat comel sebab mukanya bulat dan suka tersenyum...sekarang pun laaagii bulat....hehehehe, cam saya. adik nie manja2 dan selalu jugak dengan saya, kami main bersama,makan bersama dan tido bersama2. Adik jugalah yang panggil saya Kak Cik. mula2 maa dan kakak dah buntu nak panggil saya dengan panggilan apa. mula maa panggil siti, tapi kakak dan adik pun siti gak malah sepupu kami pun ader yang dipanggil Siti. soo..kakak try lah panggil saya Ilah..tapi masa dia panggil saya ketika dimasjid ader plak jiran kami yang hujung namanya ader "Lah" jugak terperasan...Hahahaha....Satu hari maa bahasakan saya dan kakak sebagai Kak Besar dan Kak Kechik tapi si adik yang dah boleh becakap lincah nie terus panggil saya kak chik...maka sejak hari tulah nama timangan saya kak chik, dan bukan dalam keluarga sahaja yang mengenali nama tuh malah jiran2 sekampung dan kawan2 sepupu pun panggil kak chik gak.

Cepatnya masa berlalu, zaman kanak2 dah kami tinggalkan. kini usia adik dah menjangkau 20 tahun dan saya? kiralah sendiri...hehehe....(sambil senyum tersengih2). Adik masih sama seperti waktu keciknya, bulat dan comel, nakal, manja dan suka ketawa...tapi kuat merajuk dan 'bekeng' jugok. kadang2 saya bergaduh gak nagn die, biasalah..gaduh2 sayang xlama, seminit dua baiklah semuala. Skang saya dah Sambung Master  kat UMP dan adik pulak ngah ambil degree kejuruteraan awan di UMP. kadang2 kami berhubung2 juga bertanya khabar dan bertukar2 pendapat..yelah bukan selalu boleh jumpa, tapi adik nie selalu jeles sebab sekurang2nya sebulan sekali saya boleh gak balik Kampung, dia xleh...hehehe..tu pun sebab saya tekad merempit ngan moto Kriss untuk jengok maa.

Kadang2 dirumah oren nie, bila Adik Cik Y, Cik J datang saya terhibur juga...sekurang2nya rindu pada adik terubat... perangainya dan kakaknya yang nakal dan comel2 memang seperti bayangan saya dan adik, tapi tu kalau time aman dami laa..tapi biler diorang dah start berperang..haihh! mau gamat seluruh rumah oren dan saya serta merta dijangkiti penyakit pening kepala...yohh~

Biarpun masa berlalu dan usia kami semakin menigkat, saya berdoa pada Allah supaya hubungan saya dan adik berkekalan sampai biler2. Tak kisahlah dier dah jadi kerepok, berkedut time tua nanti dan berjalan terbongkok2 cam mak Aji...hahahha...dialah adik saya dunia dan akhirat, Saya sentiasa mendoakannya supaya panjang umur, murah rezeki, dipertemukan jodoh yang baik dan segala impiannya terlaksana suatu masa nanti.

Maa, kak, Abe dan adik...Kak chik menyayangi kalian lebih dari segala2nya..biarpun disogok emas dan permata, hanyalah kalian berempat saja menjadi pilihanku. (Isk3~sob2). Semoga Allah melindungi kalian dunia dan akhirat dan terima kasih kak chik ucapkan kerana menjadi Ibu, kakak, abang dan adik yang sangat menyayangi dan memahami kak chik. Terima Kasih.~ (hee...malu laa)


P/s: Happy belated birthday adik. Sweet 20~

No comments:

Post a Comment