Showing posts with label hati ke hati. Show all posts
Showing posts with label hati ke hati. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

Indahnya Nikmat Tidur

Sebelum ni saya langsung xterfikir bahawa tidur adalah satu rahmat yg tidak ternilai harganya. Saya selalu merungut, setiap kali ingin memulakan kerja, saya pasti rasa mengatuk. Malah saya juga tidur xtentu masa dan sejak akhir nie saya tidur pukul 2,3 pagi dan bangun bila subuh tiba....siang berjaga sepanjang masa. Tidur yg sangat xteratur.
Allah itu Maha hebat! Hari rabu lepas, hinggalah sekarang, saya deman. 2hari saya langsung xdapat tidur walau seminit pun. Ya Allah! hanya DIA yg tahu bertapa siksanya. Saya telan ubat deman selsema yg dijamin mengantuk. Memang lepas tu saya rasa mengantuk sangat, letih sangat...tapi langsung xleh tido. Habis ubat deman selsema, saya telan pulak panadol, tp mata saya tetap degil. Puas saya pejam mata, puas saya bergolek kekiri dan kekanan, saya berzikir dan berdoa, tapi tetap xberhasil.
Ya Allah! begini rupanya bila seseorang tu terkena imsonia. Deman dan xdpat tidur buat badan saya letih berganda2. seluruh badan bergetar2 keletihan. Sel2 badan terasa letih sekali, sendi2 terasa lenguh. Sangat sakit........Sangat letih.......Sangat tersiksa...Hanya Allah tahu.
Saya keklinik semalam (jummaat). Dr. yang baik hati bg ubat batuk yg paling kuat dan mengatuk. Balik rumah, saya terus telan ubat, saya naik katil dan saya berdoa pada Allah....." Ya Allah! aku tahu aku hamba-Mu yang xbersyukur, Ampunkan aku Ya Allah! Ampunkan aku Ya Allah! Ampunkan aku Ya Allah! Janganlah kau tarik nikmat tidur dariku. Tolonglah hamba-Mu ini. Amin"
Allhamdulillah...saya tidur dengan nyenyaknya dari pukul 12malam hingga 6pg. Saya bangun Dengan keadaan  yg berbeza. Badan terasa ringan, deman mula kebah dan lenguh2 badan juga hilang. Ya Allah! bertapa bersyukurnya saya. tidak terucap dengan kata2. Lantas setelah solat subuh, saya buat sujud syukur. Berterima kasih pada-Nya Yang Maha Esa kerana masih memberi saya merasai nikmatnya tidur.



~Alhamdulilah! Alhamdulilah! Alhamdulilah!~



Thursday, August 4, 2011

Ramadhan kembali! yeah!

Tahun ini, Bulan Ramadhan yang mulia jatuh pada bulan Ogos yang juga merupakan bulan kemerdekaan. Tambahan pula, syawal dijangka jatuh 31 ogos. Wah! hebat sekali!. Apa2 pun Alhamdulillah kerana Allah masih memanjangkan umur kita semua untuk dapat merasai dan menikmati keindahan bulan Ramadhan.

Seperti yang kita tahu, bulan ini adalah bulan yang paling mulia dan bulan yang paling hebat dari segala bulan. Mengapa? kerana jika seseorang datang pada Allah dan meminta keampunan dari-Nya, Allah akan ampunkan, jika seseorang melakukan sedikit kebaikan didunia pada bulan ini, sejuta pahala akan Allah ganjarkan. Jika seseorang datang memohon pertolongan Allah, akan diperkenankan. 

Meriahnya Ramadhan dikongsi bersama oleh semua Ummat Islam diseluruh dunia.  Kemeriahan makin terasa bila ia diserikan dengan berpuasa pada siang harinya dan bersolat sunat terawikh pada malam harinya. Malah, Bazar2 ramadahan yang menyajikan pelbagai jenis hidangan yang lazat, yang menyelerakan dan yang mahal (hehehehe) mula dibuka dimana2 tempat. Nikmatnya berbuka setelah seharian berpuasa, adalah anugerah yang tidak ternilai kepada kita. Mensyukuri nikmat Allah adalah kewajipan kita sebagai hambaNya.

Namun...sejauh ,mana kita menghayati bulan yang mulia ini? Rata2 hari ini sudah ramai yang ingkar dan tidak menunaikan ibadah puasa. Malah, dahla xpuasa, siap minum dan makan secara terang2ngan di siang hari lagi.  Orang yang bermaksiat juga boleh dilihat terang2 pada hari ini. Apa nak jadi dengan dunia islam kita sekarang? Islam seolah2 hanya pada nama semata2. Mana hormatnya kita pada agama yang mulia ini? Mana perginya rasa malu dan rendah diri kita pada Allah Yang Maha ESA? 

Sama2lah kita bertaubat pada Allah S.W.T. Raikanlah Ramadahan ini dengan rasa rendah diri dan penuh rasa cinta pada-Nya. Semoga Allah membukakan pintu syurga kepada kita dan mengunci rapat pintu neraka. Justeru itu, sama2lah kita berusaha dan berdoa supaya Allah makin sayang pada kita. Penuhkanlah bulan ini dengan menunaikan semua ibadah wajib  dan memperbanyakkan ibadah2 sunnat disamping memberi sedekah pada mereka yang memerlukan. Jika kita sentiasa taat pada perintah-NYA nescaya Allah akan bertambah sayang pada kita.


Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ampunkanlah segala dosa2 kami, terimalah segala ibadah2 kami, bukakanlah pintu2 syurga buat kami dan jauhilah kami dari pintu neraka. Amin~



Thursday, June 2, 2011

JOM BERPUASA~

Yea!~ Alhamdulilah, Rejab datang lagi. Gembiranya sang hati, harap tahun ini dapat berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban dengan bilangan yang lebih banyak dari tahun lepas. Malah, Maa selalu cakap, ada seorang ustaz kat kampung kami slalu berpuasa straight dari bulan Rejab, Syaaban hinggalah Ramadan. Wah! hebat kan?..harap kita pun dapat berpuasa sebegitu. Tapi apakan daya kadang2 keadaan tidak mengizinkan terutamanya faktor kesihatan. Tahun lepas saya deserangi penyalit alergi yang melampau dan memerlukan banyak air pada siang hari supaya penyakit tidak berlarutan dan akibatnya, saya hanya berpuasa tidak sampai 10 hari dalam bulan Rejab dan Syaaban tahun lepas..huhu..rugi betul. Semoga Allah mengurniakan saya kesihatan yang baik pada tahun ini untuk menunaikan ibadah ini.

Ibadah nie kita kena laksanakan secara ikhlas semata2 kerana Allah S.W.T. Jika kita lakukannya secara terpaksa, maka sia2lah ibadah itu. dan begitu jugalah halnya dengan puasa. Kalau kita berpuasa tapi asyik berlingkar atas katil dan mengabaikan aktiviti2 harian lain, hai...tiada gunalah puasa. Masa puasa, aktiviti harian mestilah diteruskan kecuali kerja2 yang terlampau berat tu perlulah dielakkan. Ibadah puasa lagi bermakna sekiranya ia diiringi dengan ibadah2 lain seperti membaca Al-Quran, bersedekah dan bersolat sunat.

Sesiapa yang berpuasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban akan mendapat  ganjaran pahala yang tidak terkira banyaknya. Hadis riwayat daripada Saidatina Aisyah r.a pernah menyatakanbahawa,"Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan penuh kecuali Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau berpuasa yang lebih banyak daripada bulan Syaaban". Namun kita begitu tidak kita tidak boleh berpuasa pada hari-hari terakhir bulan Syaaban iaitu 2 atau 3 hari sebelum Ramadhan, kecuali bagi sesiapa yang selalu berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, lalu hari-hari akhir itu bertepatan dengan hari Isnin atau Khamis dibolehkan. 

Bagi sesiapa yang berkemampuan untuk berpuasa, berpuasalah. sesungguhnya berpuasa itu bukan sahaja setakat menahan lapar dan dan dahaga malah ia melatih diri kita supaya menjadi seorang yang sentiasa bersabar. Selain memperolehi pahala yang banyak, puasa juga boleh menyihatkankan tubuh badan kita. Ayuh!~ apa tunggu lagi? esok, bangun sebelum subuh, bersahur dan berpuasalah.



Wednesday, April 6, 2011

Sayang adikku sayang~

Tiba2 terasa ingin bercerita tentang adik saya. Mungkin kerana tarikh lahirnya baru tiba hari tu  iaitu 3/4/2011 dan sedikit sebanyak timbul rasa bersalah kerana tidak berkesempatan memberikannya hadiah. Bukan apa, kami masih xbekesempatan untuk berjumpa lagi, yelah...saya di Terengganu, dia di Pahang...jarak menjadi pemisah antara kami.

Adik saya lahir 6 tahun selepas saya. Masa saya belajar di Tadika, ibu saudara saya, Kak Dah bertanya samaada saya mahu adik tak? ketika itu saya yang masih naif hanya mengangguk saja. Rupa2nya Maa sudah mengandungkan adik ketika itu. Maa bersalinkan adik di Hospital Kota bharu. Dalam kami empat beradik, adik seorang saja dilahirkan dihospital. yang lain2nya dilahirkan dirumah malah berbeza tempat, kakak di Kg. Alor pasir, Kelantan, abang di Kg. Guntung Dalam, Terengganu manakala saya diKg. Peringat, Kelantan. Masa Maa dibenarkan keluar hospital saya mengikut Mek (nenek) untuk menjemput mereka pulang kerumah. ketika Dr. menyorong seorang bayi perempuan dalam kereta sorong setelah selesai dimandikan dan diletakkan bersebelahan katil Maa, Mek lekas2 menarik tangan saya dan mengangkat saya kedukungnya dan menunujukkan bayi tersebut kepada saya sambil berkata "come dok, nie adik baru nie, adik (merujuk kepada saya yang masih dipanggil adik) suko dok?" saya hanya diam dan mengangguk saja. "nak wat kelik adik dok?" mek tanya lagi..dan saya angguk lagi.
Masa tiba dirumah ada jiran beberapa orang jiran menuggu kami dan. Abah Che' wa (atuk). semua berebut2 nak tengok adik. saya masih xrasa apa2. Perasaan ketika itu masih xdapat ditafsirkan malah saya ingat2 lupa. yang saya ingat, saya sibuk meratah ayam yang dibungkus Maa dari hospital. Masa kakak dan abang balik baru saya menyertai mereka tengok adik. Saya bertaya pada Maa.."bakpo muko adik meroh?" maa jawab..."adik kee baru tubik dari perut, nanti esok luso kulit dier jadi macam adik (saya) laa" tapi biler esok lusanya saa tengok kulit adik xjadi cam saya pung...ermmm..kulitnya putih, kulit saya koko...ermmm...tipu2....xjadi cam saya pung.. hehehe~

Masa adik umur setahun, dan saya dah mula dukung adik dan bawak die jalan keliling rumah...mulutnya becok sungguh, macam bertih jagung bunyinya..poh pah poh pah..hehehe...Jiran kitaorang puji saya sebab kecik2 pun pandai dan larat dukung adik padahal saya mas tu kurus cekeding...hehehe..adik masa kecik sangat comel sebab mukanya bulat dan suka tersenyum...sekarang pun laaagii bulat....hehehehe, cam saya. adik nie manja2 dan selalu jugak dengan saya, kami main bersama,makan bersama dan tido bersama2. Adik jugalah yang panggil saya Kak Cik. mula2 maa dan kakak dah buntu nak panggil saya dengan panggilan apa. mula maa panggil siti, tapi kakak dan adik pun siti gak malah sepupu kami pun ader yang dipanggil Siti. soo..kakak try lah panggil saya Ilah..tapi masa dia panggil saya ketika dimasjid ader plak jiran kami yang hujung namanya ader "Lah" jugak terperasan...Hahahaha....Satu hari maa bahasakan saya dan kakak sebagai Kak Besar dan Kak Kechik tapi si adik yang dah boleh becakap lincah nie terus panggil saya kak chik...maka sejak hari tulah nama timangan saya kak chik, dan bukan dalam keluarga sahaja yang mengenali nama tuh malah jiran2 sekampung dan kawan2 sepupu pun panggil kak chik gak.

Cepatnya masa berlalu, zaman kanak2 dah kami tinggalkan. kini usia adik dah menjangkau 20 tahun dan saya? kiralah sendiri...hehehe....(sambil senyum tersengih2). Adik masih sama seperti waktu keciknya, bulat dan comel, nakal, manja dan suka ketawa...tapi kuat merajuk dan 'bekeng' jugok. kadang2 saya bergaduh gak nagn die, biasalah..gaduh2 sayang xlama, seminit dua baiklah semuala. Skang saya dah Sambung Master  kat UMP dan adik pulak ngah ambil degree kejuruteraan awan di UMP. kadang2 kami berhubung2 juga bertanya khabar dan bertukar2 pendapat..yelah bukan selalu boleh jumpa, tapi adik nie selalu jeles sebab sekurang2nya sebulan sekali saya boleh gak balik Kampung, dia xleh...hehehe..tu pun sebab saya tekad merempit ngan moto Kriss untuk jengok maa.

Kadang2 dirumah oren nie, bila Adik Cik Y, Cik J datang saya terhibur juga...sekurang2nya rindu pada adik terubat... perangainya dan kakaknya yang nakal dan comel2 memang seperti bayangan saya dan adik, tapi tu kalau time aman dami laa..tapi biler diorang dah start berperang..haihh! mau gamat seluruh rumah oren dan saya serta merta dijangkiti penyakit pening kepala...yohh~

Biarpun masa berlalu dan usia kami semakin menigkat, saya berdoa pada Allah supaya hubungan saya dan adik berkekalan sampai biler2. Tak kisahlah dier dah jadi kerepok, berkedut time tua nanti dan berjalan terbongkok2 cam mak Aji...hahahha...dialah adik saya dunia dan akhirat, Saya sentiasa mendoakannya supaya panjang umur, murah rezeki, dipertemukan jodoh yang baik dan segala impiannya terlaksana suatu masa nanti.

Maa, kak, Abe dan adik...Kak chik menyayangi kalian lebih dari segala2nya..biarpun disogok emas dan permata, hanyalah kalian berempat saja menjadi pilihanku. (Isk3~sob2). Semoga Allah melindungi kalian dunia dan akhirat dan terima kasih kak chik ucapkan kerana menjadi Ibu, kakak, abang dan adik yang sangat menyayangi dan memahami kak chik. Terima Kasih.~ (hee...malu laa)


P/s: Happy belated birthday adik. Sweet 20~

Thursday, March 24, 2011

Kenapa saya sayang rumah saya...

Naper saya suka rumah saye??..walau jauh mana kiter pergi, walau jauh mana kita melangkah, mesti kita tetap ada rasa nak balik rumah...semua orang macam tu kan?...kalu xrindu rumah tu maknanyer mungkin ader tempat lain yang lebih baik dari rumah. Serius cakap, walau seburuk mana, walau secongdong mana tiang rumah kita, walau lantai rumah siap berbunyi berkeriak- keriuk, hatta dah nak roboh pun, rumah itulah yang paling baik, paling selesa, paling bagus dan xdapat ditukar ganti.....
Bila dah lama xpulang kerumah, akan timbul satu perasaan yang pelik pada diri kita..rasa sayu datang tiba2, kadang2 tu ader yang siap nangis2 rindu nak balik rumah,...padahal kalau balik bukan ader apa pun kat rumah..tapi keinginan tu memang xboleh diatasi...dan orang yang tergolong dalam golongan melampau2 rindukan rumah ni dikenali sebagai "golongan home sick". Tapi, memang lumrah manusia, sayang pada semua benda dan perkara yang pernah jadi miliknya. xsalah kalu kita homesick...xsalah...tapi jangan laa melampau2 sampai terganggu semua kerja, takkan laa umah kat kelantan keja kat Johor tapi nak balik umah tiap2 minggu...hahaha, memang melampau laa..kalau jaraknya sekankang kera xpelaaa...
Saya suka balik rumah...sebab kat rumah ada Maa... bila balik dapat jumpa Maa... walau secanggih mana pun teknologi sekarang, walau beratus kemudahan yang boleh kita pakai untuk hubungi ibu dan keluarga kita, kita lagi rela bersabung nyawa didalam bas untuk balik kerumah berjumpa ibu kita face to face berbanding bertegur sapa malalui telifon, web cam dan sebagainya.
Tapi, pelik juga, ada juga segelintir orang yang xsayang pada rumah sendiri. kadang2 tu, ada yang sanggup lari dari rumah, tinggalkan ibu...tinggalkan ayah..tinggalkan keluarga...tinggalkan semua...Namun kadang2 semua ini xdapat dihalang dari berlaku, setiap orang ada masalah sendiri malah ada keinginan dan hajat yang ingin dipenuhi...semoga mereka yang pergi meninggalkan rumah, berjaya mencari kediaman baru yang sama selesanya dengan rumah sendiri..
Walau buruk mana pun rumah kita janganlah malu umtuk mengakui bahawa ia milik kita, walau bising mana rumah kita, fikirlah bahawa tempat yang bising inilah yang beri ketenangan yang tiada tolak bandingnya pada kita. Walau sesibuk mana pun kita bekerja, luanglah sedikit masa walau hanya beberapa jam untuk pulang melawat rumah dan berjumpa orang2 yang kita sayang. Sayangilah rumah kita, kerana rumah itulah tempat kita menyemai kasih sayang.