Wednesday, April 6, 2011

Ulam Daun Selom

Sekiranya anda penggemar ulam2an, daun selom atau nama botaninya Oenanthe javanica memang tidak asing lagi bukan saja dikalangan orang melayu, malah kini orang cina, india dan kaum2 yang lain turut menggemarinya. Tumbuhan ini boleh dijumpai hampir seluruh kawasan Asia, terutamanya India, Pakistan, Jepun, Taiwan dan China. Ianya tumbuh liar dikawasan bertanah lembap seperti paya dan tepi sungai. Daun dan batangnya berwarna hijau dan bunganya bersaiz kecil dan berbunga kecil.  Rasanya yang lemak-lemak dan sedikit pedas memang menambat hati pengemarnya. Ia sesuai dicicah sambal, budu atau cincalok dan dimakan bersama nasi.



Jika dilihat dari segi perubatan, selom adalah sangat bernilai tinggi dan mengandungi 91.6%air, 1.1% protein, 4.4%karbohidrat, 1.0% serabut, 1.5% abu serta 0.4% lemak. Hampir setiap bahagian pokok selom mempunyai fungsi dan nilainya dalam perubatan. Batang serta daun salon dikatakan boleh meredakan bisul, gigitan yang disebabkan oleh kuda,kala jengking, ular dan di tempat yang bengka. ini boleh dilakukan dengan menumbuk lumat batang dan daunnya lalu ditampal pada tempat yang sakit.

sekiranya anda terkena jangkitan deman selmema, ambilah beberapa batang selom, rebus serta minumlah airnya. dengan cara ini deman akan cepat kebah. Malah, air rebusan ini juga dijadikan penawar untuk penyakit kesukaran membuang air kecil dan buang air bercampur darah.  Buah selom boleh digunakan untuk merangsang pengeluaran angin dari perut dan usus . Bijinya pula boleh menjadi penawar kepada pesakit yang darahnya berlebihan dalam salur darah.

selom turut ditanam namun penanamnya tidaklah begitu meluas dan hanya bertujuan untuk keperluan sendiri atau dijual secara kecil2an. Masyarakat hari ini semakin hari semakin mula melupai ulam2an. Namun hal ini seharusnya tidak berlaku dan masyarakat perlu disarankan dan diperkenalkan dengan kebaikan dan khasiat ulam2an. Ini kerana ulam2an termasuklah salon merupakan khazanah alam yang sangat berharga dan tiada tolak bandingnya.

No comments:

Post a Comment