Monday, May 23, 2011

masalah oh masalah~

Sejak akhir2 nie, banyak perkara yang berlaku dan banyak masalah yang kunjung tiba. Hinggalah kadang2 saya dah penat mengeluh...lepas satu, satu masalah yang datang menjengah, bak kata pepatah "sudah jatuh, di timpa tangga". Tapi dalam kes saya nie dah xpakai dah pepatah nih, kena kasi "up"  sket, "sudah jatuh tangga, ditimpa tangga, lantai pulak berlubang, terperosok dalam lubang, pastu terlekat kat lubang xleh nak keluar dan datang pulak burung berak atas kepala"...wuuuuuuuu....sob3.

Tapi, walau apa pun yang berlaku, saya sedar....semua masalah dan semua perkara yang berlaku ada hikmahnya. Sebab tulah saya cuba bersabar, bertahan sedaya boleh dan cuba memperbaikki keaadaan. Sesekali kita diuji, kita kadang masih dapat bertahan, namun jika berkali2 diuji, kadang2 diri ini hampir terpesong dari landasan....merintih dan merungut bagai nak gila....tapi mujurlah masih ada Iman dalam hati, mujurlah masih ada rasa percaya bahawa semua aturan Allah adalah tepat.

Kita manusia memang tidak boleh lari dari masalah namun kita manusia juga mampu untuk mengatasi segala masalah yang mendatang kerana kita dikurniakan akal. kunci kepada penyelesaian adalah, usaha + tawakal + jangan berputus asa. jika ketiga2 kunci ini x kita cari segala masalh xkan ada jalan penyelesaiaannya. Jika kita fikir masalah yang dihadap ni besar dan sukar, cuba renungkan...mungkin ada lagi orang yang mempunyai masalah yang lagi besar dan lagi sukar dari kita, jadi kita harus bersyukur kerana masalah kita hanya setakat itu sahaja.


Dari kecil lagi kita di ajar kejayaan tidak akan bergolek dan kita yang seharusnya mengejar kejayaan. Masalah juga tidak akan hilang hanya denagn mengeluh melainkan kita berusaha menyelesaikannya. segala apa yang kita lakukan, sematkanlah dalam hati bahawa "segala apa yang aku lakukan, hanya Redha-NYA yang aku mahu". 

 selagi ikanku hidup gembira, selagi itulah usaha ini tidak akan terhenti..InsyaAllah~


MAWADDAH - REDHAMU YANG KUPINTA LYRICS

Redho-Mu padaku yang kupinta.....
Redho-Mu padaku yang kupinta.....
Redho-Mu padaku yang kupinta.....

Ya Allah, Ya Tuhanku
Tidak kira apa berlaku padaku
Miskin atau kaya, sakit atau sehat
Yang penting adalah redho-Mu, redho-Mu

Redho-Mu, redho-Mu, redho-Mu
Ha.. a.. ha...

Redho-Mu padaku amat mahal sekali
Redho-Mu padaku amat mahal sekali
Sebab itu aku meminta selalu....

Jika redho-Mu Kau beri padaku
Sekalipun seluruh dunia menghinaku
Aku tak peduli
http://www.free-lyrics.org

Walau aku miskin, kurasa bahagia
Apalah ertinya aku kaya
Engkau kan murka apalah ertinya ada nama
Jika Engkau murka

Jika Engkau murka segalanya tiada
Jika Engkau murka segalanya tiada
Sungguh mahal redho-Mu
Tuhanku...

Tuhanku, tuhanku, tuhanku....
Ha.. a.. ha....

Berilah keredhoan-Mu
Berilah padaku selalu
Kerana itulah aku beramal
Bukan kerana pahala
Bukan kerana fathilat
Bukan kerana surga

Tapi inginkan redho-Mu
Untuk keselamatan diriku
Tapi inginkan redho-Mu
Untuk keselamatan diriku

Redho-Mu padaku yang kupinta.....
Redho-Mu padaku yang kupinta.....
Redho-Mu padaku yang kupinta.....
(Kupinta selalu)

No comments:

Post a Comment