Monday, March 28, 2011

SELAMATKAH KITA DIWAKTU BANJIR ?

Bila hujan turun lebat time tengah malam, rata2 semua orang tido ngan nyenyak skali..siap tarik selimut naik paras kepala pastu peluk bantal kiri kanan lagi..syok ooo tido time hujan2 ni…sejukkkk tambah pulak bunyi hujan mendayu2 cam mendodoi suh tido…apalagi tido mati laa kita. Tapi, untuk orang yang tinggal kat struktur kawasan yang jenis tanah lembah dan senang tenggelam tuh memang cari nahas laa  kalau tido mati time hujan lebat tuh…sedar2 air dah paras telinga, tilam lak dah basah lencun, selimut tah kemana…hahhaha…itu pun nasib laa klu sedar…kalau yang jenis tido super super mati tuh..aihh!!..memang xdapat nak bayang laa camne nasib dia.
Hujan nie sebenarnya satu rahmat dan rezeki yang dikurniakan Allah kepada kita ummat manusia. Biler hujan turun kiter sepatutnya bersyukur dan memuji akan kebesaran Allah S.W.T..tapi sebaliknya plak yang kita buat, bukan stakat  xbersyukur malah  mengeluh dan siap merungut lagi..
“hish!..hujan plak, time kita nak keluar nie laa dia nak turun, leceh betul laa”
“ala…hujan ker..xkering laa baju aku jemur hari nie”
Kalau banjir plak terjadi…
“adoi..musibah apa laaa yang kampung kita buat sampai banjir2 nih?”
“adoi…leceh laa banjir nih, habis harta benda aku hanyut, dah laa miskin, makin miskin laa jadinye..”
Semua keluhan dan rungutan tu bukan orang lain yang cakap, sebenarnya kite sendiri pun ade tercakap samaada dalam  keadaan sedar  atau tidak sedar. Sepatutnya kita harus cuba fikir kearah lebih positif. Contohnya, bila hujan turun..kita akan merasa suasana ynag sejuk setelah mengharungi satu hari yang panas membahang dan seolah2 membakar kulit kita..seronoknya bila hujan turun, Allhamdulillah diucapkan..
Bila banjir datang melanda plak, kita harus bersyukur sebab bile lepas banjir rezeki kita makin melimpah ruah. Contohnya bila barang2 keperluan kita dihanyut atau rosak semasa banjir, kita akan dapat barang baru..nama dah barang keperluaan, nak xnak mestilah beli baru kan? Kan? Hehehhe..kalau tv tu kita dah guna 10tahun, siaran pun kejap dapat kejap xdapat..haaa..bila dah rosak time banjir camtu dapatlah tengok tv baru yg lg clear. Kerajaan pun akan salurkan bantuan tuk mangsa2 banjir, sedara mara lak akan bagi sket sebanyak sumbagan tuk kita…Haaa!!..kan rezeki tu..Alhamdulillah~
Hujan dan banjir sebenarnya juga bertujuan nak membesihkan kediaman kita dari segala samapah sarap. Memang betul, lepas banjir kediaman kita truk dikelilingi sampah sarap, tp kan lepas tu kita terpaksa sapu bersih2..so cantiklah kediaman kita malah lebih cantik dari sbelum ni yang penuh ngan tahi lembu, taik ayam, tin2 n botol2 kosong, plastic makanan dan sebagainya..Haa!...kan sejuk mata memandang bile semua tuh dah  x ader.. Subhannallh…hebat sungguh aturan Allah.
Lepas hujan pokok2 kan tumbuh lagi segar, lagi banyak dan seterusnya menghijaukan lagi kawasan kediaman kita. Bukan tu saja..gas oksigen yang merupakan asas bagi semua hidupan juga akan bertambah dan kita dapat hidup sihat. Allahuakbar..besar sungguh kurniaan-Nya.
OKey..Okey..cukup2lah mukhadimah…lebih2 lak..
Skang berbalik pada pada tajuk asal sembang2 kita ni, selamatkah kita dan ahli keluarga time banjir? Banjir ni datang sekelip mata dan tanpa diduga lantas mengancam nyawa kita dan nyawa mereka yang tersayang. Sebenarnya terdapat banyak langkah2 yang boleh kita lakukan semasa menghadapi saat cemas semasa banjir supaya kita, ahli keluarga malah harta benda kita selamat semasa bencana alam itu.
Antara langkah2 yang boleh kita ikuti ialah:

A.   Langkah keselamatan SEBELUM banjir.

1.  Sediakan senarai nombor2 telefon penting cam bilik gerakan banjir, ibu pejabat polis kontijen negeri (IPK), jabatan kebajikan masyarakat,  dan no contact balai bomba yang berhampiran. Tapi memang dah perangai kita ni malas nak sedia tu semua…bila musibah dah datang depan mata barulah terhegeh2 kelam kabut nak cari tu semua..masa tu menyesal pun dah xde guna dah. So kalu nak selamat sediakanlah no nie awal2…tapi kalau la rumah anda tu memang xde telefon atau hanset walau sebijik pun xperlu laa kot buang masa cari2 nombor2 tuh..haiya.
2.  Bina benteng dirumah anda. Jika rumah kita tu memang teletak dikawasan yang malang iaitu kawasan tanah lembah dan merupakan kawasan yang paling stategik untuk dilanda banjir, sediakanlah rumah anda bagi untuk menghadapi saat2 penting itu. Binalah benteng yang dapat menghalang air dari masuk kedalam rumah anda. Bagi rumah yang baru ingin dibina pula, binalah rumah tu tinggi2 sket atau bina saja rumah yang bertiang dibawahnya ataupun rumah bertingkat. Walaupun air tetap akan masuk walaupun ada benteng yang menghalang setelah paras air naik lebih tinggi dari benteng tersebut, sekurang2nya kita masih ada masa untuk menyelamatkan barang2 yang penting. Kita boleh anggapkan benteng tersebut adalah untuk melengah2kan masa untuk air masuk kedalam rumah.
3.  Sentiasa mengambil tahu mengenai ramalan hujan sekiranya anda tinggal di kawasan yang berpotensi besar banjir. Skang ramalan cuaca boleh dipercayai walaupun xboleh percaya 100%, sekurang2nya kita dapat ‘sediakan payung sebelum hujan’..sediakan diri kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
4.   Sediakan kit khas persediaan menghadapi banjir. Dilengkapi dengan lampu suluh, tempat dokumen penting, radio kecil, ubat-ubatan dan sebagainya yang dirasakan perlu. Benda2 nielah yang akan kita cari time menghadapi saat2 yang sukar camtu.
5.   Ambil tahu tentang tempat suis ataupun paip utama yang perlu ditutup semasa kecemasan. Jika perlu, tampal pelekat penanda atau label. Jika kita xambil tahu semua pekara2 nie awal2 lagi kita pasti xdapat jumpa cari benda2 penting nie bila kita cemas, kalut dan xdapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang kita cari. Jika suis2 tersebut tidak ditutup  ia berkemungkinan besar membawa malapetaka lebih besar kepada kita seperti renjatan elektrik,
6.  Dalam musim hujan, pastikaan telefon bimbit dalam keadaan baik. Zaman sekarang nie alat komunikasi sudah dijual merata2 dan boleh didapati dengan harga yang murah. Orang miskin malah orang yang kerja sebagai tukang sapu pun boleh memilik telefon bimbit. Alat komunikasi ini adalah salah satu alat yag paling penting untuk menghadapi masalah2 kecemasan. Ia memudahkan lagi anda mendapatkan sebarang bantuan dari pihak lain secepat mungkin.

B. Langkah keselamatan SEMASA banjir

C. Langkah keselamatan SELEPAS banjir.

1.    Ketika memasuki rumah yang ditenggelami air, gunakan kasut but dan sarung tangan getah untuk mengelakkan kecederaan yang tidak diingini. Sampah yang tajam seperti paku dan kaca mungkin akan mencederakan tangan dan kaki anda. Hati2lah semasa mengemaskan rumah anda dan pastikan kanak2 tidak berlari-larian didalam rumah yang masih licin, berlumpur dan yang belum selesai dikemas.
2.    Jangan sentuh barangan elektrik sembarangan. Periksa sambungan elektriknya terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mengelakkan anda terkena renjatan elektrik.
3.    Berhati-hati dengan ular, kala jenking, lipan dan binatang2 berbisa yang lain. Binatang2 ini biasanya akan berlindung ditempat2 yang kering tertamanya dicelah2 lipatan kain dan didalam almari.
4.    Periksa siling yang mungkin menakung air. Gunakan batang kayu untuk menebuk keluar air.
5.    Hati-hati dengan penggunaan air. Hanya gunakan air bersih sahaja untuk mengelakkan wabak. Gunakan antiseptik seperti dettol untuk membersihkan jangkitan pada barang-barang yang terkena air banjir.

Bencana alam seperti banjir dan ribut petir bukanlah perkara yang kita inginkan. Namun apakan daya kita mengahalangnya daripada berlaku. Bertawakallah dan berdoalah kepada Allah yang Maha Esa supaya sentiasa melindungi kita dari sebarang malapetaka yang datang menimpa. Sebarang musibah yang datang menjengah kita adalah bertujuan untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran kita umat manusia.  Tapi jangan pula xde masalah sesaja plak cari masalah, memang menempah bala namanya.
Akhir kata Janganlah anda sesekali menyibukkan diri anda di kawasan banjir untuk saja2 tengok air kerana ia akan menyukarkan lagi kerja2 menyelamatkan mangsa sekiranya tempat kejadian dipenuhi oleh ramai orang. Sekian~

No comments:

Post a Comment