Thursday, March 24, 2011

BAnJiR Oh BAnJiR

Semalam Hujan turun di Menggabang Telipot bermula pukul 8 malam tanpa henti sehinggalah pagi ni. Pada pukul 12.30 malam, jalan didepan rumah yang sememangnya rendah telah dinaiiki air sehingga mencecah lantai beranda hadapan  rumah Oren dan hampir2 ingin memasuki rumah Oren…

Jiran-jiran sebelah rumah kami sibuk mengalihkan kenderaan mereka ke tempat yang lebih tinggi. Ini kerana, rumah mereka telah dinaiiki air memandang struktur rumah mereka lebih rendah berbanding rumah oren. Rumah oren telah di ubahsuai sebelum ini dan telah ditinggikan paras lantai rumah bagi mengelakkan kejadian2 seperti ini berlaku. Pada mulanya mereka memindahkan kereta dan 3 buah motorsikal dan memangkirnya di dalam pagar rumah oren, tetapi apabila paras air mula semakin tinggi dan mula banyak mencecah lantai rumah oren, mereka membuat keputusan drastik untuk memindahkannya ketempat yang lebih tinggi lagi.

Gambar 1: Jiran kami sedang memindahkan keretanya ke kawasan yang lebih tinggi.
 
Saat2 mencemaskan berlaku apabila jalan dihadapan rumah jiran kami yang kedudukannya berhadapan dengan rumah oren telah pecah teruk disebabkan arus air yang mengalir laju dan menghentam jalan tersebut. Arus air semakin laju memandangkan hujan turun semakin lebat. Kelihatan kasut2 dan selipar jiran2 sebelah dihanyut air. Maka, kami dengan segera memindahkan rak kasut kami kedalam rumah supaya tidak dihanyut sama kerana kata Cik D…hanya inilah harta yang kita ada..weges2 dan kasut sukan mahal tu kalau dihanyut air, alamatnya meranalah pemiliknya. Mesin basuh juga telah dipindahkan masuk kedalam rumah memandangkan paras air dibahagian belakang rumah semakin tinggi dan hampir mencecah lantai dapur.
Gambar 2: Air longkang mula melimpah dan semakin banyak memenuhi ruang 
lantai beranda rumah kami.

Pada pukul 2.30pagi, hujan mulai reda tetapi paras air masih lagi naik. Kami yang keletihan duduk bersantai diruang tamu sambil menonton telivisyen. CikY telah membancuh teh panas dan saya menyediakan cucur udang. Maka berkelahlah kami berlima iaitu saya, Cik Y, Cik D, Cik I dan Cik F sambil ditemani bunyi2 hujan yang mengasyikkan dan bunyi2 guruh yang menggegarkan jantung. Cik F kata: “kita ni macam tengah minum petang pulak”. Hahaaha….betul juga…habis program diet sebab makan diwaktu tengah malam camni (walaupun sebenarnya dah pagi). Cik Sy jugalah yang tak merasa nikmatnya makan dikala waktu2 camni memandangkan dia masih bercuti di rumahnya. 

Pukul 3.30pagi, hujan mulai reda dan paras air mulai surut. Seorang demi seorang dari kami mula melangkah untuk beradu dikamar masing-masing. Hati kami sedikit lega memandangkan  paras air sudah tidak membimbangkan.

Pada pagi ni, pukul 6.50pagi, hujan masih turun renyai2. Paras air di jalan berhadapan dengan rumah oren masih ½ paras lutut orang dewasa. Semoga hujan berhenti tengahari ini….

No comments:

Post a Comment