Friday, April 1, 2011

LAKSA PENANG

 Alamak! gambar nie..terlupa letak kuah plak..aiya..

Bahan2 (hidangan untuk 5-7 orang):

Bahan A (kuah):
  • 1 kg ikan selayang - direbus dan diambil isinya
  • 1 biji bawang holand
  • 5 ulas bawang Merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5-7 biji cili kering - direbus terlebih dahulu
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 2 inci belacan - dibakar
  • 7-10 tangkai daun kesum - ambil daunnya sahaja
  • 2-3 keping asam gelugor
  • Garam

Bahan B:
  • Laksa kering - direbus
  • Ulam2an - timun, salad, cili padi, limau kasturi, nenas, bawang besar
  • 3-5 biji telur - rebus

Langkah2 penyediaan:
  1. Kisar isi ikan, bawang merah, bawang holand, bawang putih, bawang putih, cili kering, sekuntum bunga.kantan, dan belacan.
  2. Tuang bahan kisar kedalam periuk dan tambahkan sedikit air lagi supaya kuah tidak terlampau pekat. Masak dengan api yang sederhana. Kacau perlahan2.
  3. Ambil sekuntum lagi bunga kantan dan belah dua. Tambahkan bunga kantan tersebut, daun kesum dan asam gelugor kedalam periuk.
  4. Tambahkan garam, dan perasakan. Biarkan mendidih selama 7-10 minit, tutupkan api.
  5. Hiris ulam2an.
  6. Isikan laksa kedalam mangkuk, campurkan ulam2an, telur dan tuangkan kuah. Sedia untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment