Naper saya suka rumah saye??..walau jauh mana kiter pergi, walau jauh mana kita melangkah, mesti kita tetap ada rasa nak balik rumah...semua orang macam tu kan?...kalu xrindu rumah tu maknanyer mungkin ader tempat lain yang lebih baik dari rumah. Serius cakap, walau seburuk mana, walau secongdong mana tiang rumah kita, walau lantai rumah siap berbunyi berkeriak- keriuk, hatta dah nak roboh pun, rumah itulah yang paling baik, paling selesa, paling bagus dan xdapat ditukar ganti.....
Bila dah lama xpulang kerumah, akan timbul satu perasaan yang pelik pada diri kita..rasa sayu datang tiba2, kadang2 tu ader yang siap nangis2 rindu nak balik rumah,...padahal kalau balik bukan ader apa pun kat rumah..tapi keinginan tu memang xboleh diatasi...dan orang yang tergolong dalam golongan melampau2 rindukan rumah ni dikenali sebagai "golongan home sick". Tapi, memang lumrah manusia, sayang pada semua benda dan perkara yang pernah jadi miliknya. xsalah kalu kita homesick...xsalah...tapi jangan laa melampau2 sampai terganggu semua kerja, takkan laa umah kat kelantan keja kat Johor tapi nak balik umah tiap2 minggu...hahaha, memang melampau laa..kalau jaraknya sekankang kera xpelaaa...
Saya suka balik rumah...sebab kat rumah ada Maa... bila balik dapat jumpa Maa... walau secanggih mana pun teknologi sekarang, walau beratus kemudahan yang boleh kita pakai untuk hubungi ibu dan keluarga kita, kita lagi rela bersabung nyawa didalam bas untuk balik kerumah berjumpa ibu kita face to face berbanding bertegur sapa malalui telifon, web cam dan sebagainya.
Tapi, pelik juga, ada juga segelintir orang yang xsayang pada rumah sendiri. kadang2 tu, ada yang sanggup lari dari rumah, tinggalkan ibu...tinggalkan ayah..tinggalkan keluarga...tinggalkan semua...Namun kadang2 semua ini xdapat dihalang dari berlaku, setiap orang ada masalah sendiri malah ada keinginan dan hajat yang ingin dipenuhi...semoga mereka yang pergi meninggalkan rumah, berjaya mencari kediaman baru yang sama selesanya dengan rumah sendiri..
Walau buruk mana pun rumah kita janganlah malu umtuk mengakui bahawa ia milik kita, walau bising mana rumah kita, fikirlah bahawa tempat yang bising inilah yang beri ketenangan yang tiada tolak bandingnya pada kita. Walau sesibuk mana pun kita bekerja, luanglah sedikit masa walau hanya beberapa jam untuk pulang melawat rumah dan berjumpa orang2 yang kita sayang. Sayangilah rumah kita, kerana rumah itulah tempat kita menyemai kasih sayang.
No comments:
Post a Comment