Sunday, March 27, 2011

BILA BANJIR DATANG MELANDA…


Hujan still turun selepas subuh dan berhenti pada tengahari. Masa saya jengok keluar rumah time lepas subuh tu air masih paras lutut dan siap ada ikan lagi..hahahaha..kalau ada jala best gak nie.  Time tu saya amik gambar 2-3 keping. Rumah sebelah menyebelah masih ditenggelami air. Kesiannya diorang. Terpaksa tido dalam air, ada pacat, lintah..lipas..eeeeeee..Eh! siap ader ikan lagi tau berenang depan rumah oren…best giler.
 Gambar 1: Pukul 6.30 pagi

 Gambar 2: Pukul 8.00pagi


 Gambar 3: Halaman depan rumah oren/ padang lembu


 Gambar 4: Rumah Jiran sebelah



Kul 9 pagi, saya dan cik F keluar p kampus. Saya nak tengok ikan kat hatchery (pusat pembiakan ikan) sebenarnya. Kalaulah kat hatchery tu naik air, hanyutlah semua ikan2 saya dan warrgghhh!! Habislah projek master saya!..aiyo. Sejok giler kaki nie terpaksa mengharung air. Tapi yang peliknya, budak2 siap berbasikal, berlari2 atas air malah yang berenang pun ader..Eeeee…sanggup diaorang mandi air taik lembu.Eyeksss~ 
Ramai betul orang kat jalan depan surau tu…datang tengok banjir. Surau tu dah Nampak cam surau terapung, lapang jer sekelilingnya, pokok2 semua dah tenggelam. 

 Gambar 5: Surau terapung Pak Tuyu


 Gambar 6: Tindakan berani sebuah kereta meredah air.

Air kat jalan pulak raya mau la sampai pinggang……budak, ….dalam gak tuh. Adalaa jugak 2-3 buah keta yang berani redah air tu, tapi ada gak yang mati kat tengah2…tapi yang pasti ramai yang patah balik, xamau tanggung risiko beb, rosak keta, perabis duit lak nak baiki. Motor memang sah xleh lalu laaa..jangan nak cari pasal.
Masa saya dan cik F redah air kat jalan tuh sempat gak snap gamba 2-3 keping. Dasyat jugak nampaknya, air parit menggabang tuh siap melimpah sampai dah xnampak kat mana letaknnya parit tuh..pastu jalan depan sekolah pun tenggelam gak. Huhuhu..geli betul redah air banjir nie, balik nanti kena mandi dan sental habis2an. Siap Nampak pampers, kulit pisang, selipar, sampah sarap, semua terapung2…pastu plak tong sampah terbalik. Lagi laa..haih…

Gambar 7: Kawasan depan sekolah, parit dan rumah baru yang turut tenggelam

Jalan kat lorong belakang kampus x banjir, tapi air parit kat situ deras giler, siap ader air berpusar2 lagi. Nasib baiklah Hatchery x tenggelam, selamat ikan2 ku..huhu.. Lepas bagi ikan makan, kitaorang p jalan tengok sekeliling kampus, dalam kampus dah dah banjir dah..tapi dengar cite malam tuh air sampai pasras peha kat depan klinik UMT, kat pintu gerbang utama UMT pun banjir. Dasyat2. 

 Gambar 8: Pusaran air di dalam parit kat pintu blakang UMT

Time kitaorang redah balik air depan surau tuh, ramai giler orang berkerumun kat situ, cam pesta lak…hapalaa…ingat nie fun fair lak…dah tuh siap budak2 berenang kuak kupu2 lagi. Mak bapak dirang ader, tapi x dilarangnye lansung…anak dapat penyakit nanti baru tau, masa tuh baru menyesal xsudah.

 Gambar 9: Pesta banjir...
Gambar 10: Adoi...sukernyer adik2 nie main air tahi lembu..huhu


Menjelang petang air depan rumah oren dah surut sepenuhnya. Allahamdullillah~ tapi banyak betul sampah2 daun kering yang hanyut semalam tuh terdampar bersepah2 depan pagar rumah, malah jalan raya siap pecah2 dan hanyut merata2 tempat. 

 Gambar 11: Jalan raya rosak teruk disebabkan arus air yang mengalir deras.


Dah tu plak, siapa ader  selipar saper tah yang dihanyut air dan telah diselamatkan oleh insan berhati mulia semalam dan ditinggalkan diatas pagar rumah kami..hoh! kalu sepasang boleh pinjam2 pakai…ini sebelah jer..wat simpan tuk halau angsa jelah....simpan untuk cik Y, dia mesti suka.hehehe Sekian~




Gambar 12: Dedicate this selipar to Cik Y. :-p

Gambar 13: Dua insan kamil meraduk air parit depan rumah jiran untuk menangguk anak ikan, seorang dipaksa...seorang memaksa..huhu..malu siot (terpaksa menebalkan muka menjadi temannya)


Gambar 14: Petang yang indah dan cerah, padahal sebelah paginya hujan cam xnak berhenti.


~Sekian~

*yang suka bercerita adalah yang paling jelita...ehhehehehe..kenapa? 
fikirlah sendiri...*



No comments:

Post a Comment