Tahun ini, Bulan Ramadhan yang mulia jatuh pada bulan Ogos yang juga merupakan bulan kemerdekaan. Tambahan pula, syawal dijangka jatuh 31 ogos. Wah! hebat sekali!. Apa2 pun Alhamdulillah kerana Allah masih memanjangkan umur kita semua untuk dapat merasai dan menikmati keindahan bulan Ramadhan.
Seperti yang kita tahu, bulan ini adalah bulan yang paling mulia dan bulan yang paling hebat dari segala bulan. Mengapa? kerana jika seseorang datang pada Allah dan meminta keampunan dari-Nya, Allah akan ampunkan, jika seseorang melakukan sedikit kebaikan didunia pada bulan ini, sejuta pahala akan Allah ganjarkan. Jika seseorang datang memohon pertolongan Allah, akan diperkenankan.
Meriahnya Ramadhan dikongsi bersama oleh semua Ummat Islam diseluruh dunia. Kemeriahan makin terasa bila ia diserikan dengan berpuasa pada siang harinya dan bersolat sunat terawikh pada malam harinya. Malah, Bazar2 ramadahan yang menyajikan pelbagai jenis hidangan yang lazat, yang menyelerakan dan yang mahal (hehehehe) mula dibuka dimana2 tempat. Nikmatnya berbuka setelah seharian berpuasa, adalah anugerah yang tidak ternilai kepada kita. Mensyukuri nikmat Allah adalah kewajipan kita sebagai hambaNya.
Namun...sejauh ,mana kita menghayati bulan yang mulia ini? Rata2 hari ini sudah ramai yang ingkar dan tidak menunaikan ibadah puasa. Malah, dahla xpuasa, siap minum dan makan secara terang2ngan di siang hari lagi. Orang yang bermaksiat juga boleh dilihat terang2 pada hari ini. Apa nak jadi dengan dunia islam kita sekarang? Islam seolah2 hanya pada nama semata2. Mana hormatnya kita pada agama yang mulia ini? Mana perginya rasa malu dan rendah diri kita pada Allah Yang Maha ESA?
Sama2lah kita bertaubat pada Allah S.W.T. Raikanlah Ramadahan ini dengan rasa rendah diri dan penuh rasa cinta pada-Nya. Semoga Allah membukakan pintu syurga kepada kita dan mengunci rapat pintu neraka. Justeru itu, sama2lah kita berusaha dan berdoa supaya Allah makin sayang pada kita. Penuhkanlah bulan ini dengan menunaikan semua ibadah wajib dan memperbanyakkan ibadah2 sunnat disamping memberi sedekah pada mereka yang memerlukan. Jika kita sentiasa taat pada perintah-NYA nescaya Allah akan bertambah sayang pada kita.
Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ampunkanlah segala dosa2 kami, terimalah segala ibadah2 kami, bukakanlah pintu2 syurga buat kami dan jauhilah kami dari pintu neraka. Amin~
No comments:
Post a Comment