Thursday, June 2, 2011

JOM BERPUASA~

Yea!~ Alhamdulilah, Rejab datang lagi. Gembiranya sang hati, harap tahun ini dapat berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban dengan bilangan yang lebih banyak dari tahun lepas. Malah, Maa selalu cakap, ada seorang ustaz kat kampung kami slalu berpuasa straight dari bulan Rejab, Syaaban hinggalah Ramadan. Wah! hebat kan?..harap kita pun dapat berpuasa sebegitu. Tapi apakan daya kadang2 keadaan tidak mengizinkan terutamanya faktor kesihatan. Tahun lepas saya deserangi penyalit alergi yang melampau dan memerlukan banyak air pada siang hari supaya penyakit tidak berlarutan dan akibatnya, saya hanya berpuasa tidak sampai 10 hari dalam bulan Rejab dan Syaaban tahun lepas..huhu..rugi betul. Semoga Allah mengurniakan saya kesihatan yang baik pada tahun ini untuk menunaikan ibadah ini.

Ibadah nie kita kena laksanakan secara ikhlas semata2 kerana Allah S.W.T. Jika kita lakukannya secara terpaksa, maka sia2lah ibadah itu. dan begitu jugalah halnya dengan puasa. Kalau kita berpuasa tapi asyik berlingkar atas katil dan mengabaikan aktiviti2 harian lain, hai...tiada gunalah puasa. Masa puasa, aktiviti harian mestilah diteruskan kecuali kerja2 yang terlampau berat tu perlulah dielakkan. Ibadah puasa lagi bermakna sekiranya ia diiringi dengan ibadah2 lain seperti membaca Al-Quran, bersedekah dan bersolat sunat.

Sesiapa yang berpuasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban akan mendapat  ganjaran pahala yang tidak terkira banyaknya. Hadis riwayat daripada Saidatina Aisyah r.a pernah menyatakanbahawa,"Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan penuh kecuali Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau berpuasa yang lebih banyak daripada bulan Syaaban". Namun kita begitu tidak kita tidak boleh berpuasa pada hari-hari terakhir bulan Syaaban iaitu 2 atau 3 hari sebelum Ramadhan, kecuali bagi sesiapa yang selalu berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, lalu hari-hari akhir itu bertepatan dengan hari Isnin atau Khamis dibolehkan. 

Bagi sesiapa yang berkemampuan untuk berpuasa, berpuasalah. sesungguhnya berpuasa itu bukan sahaja setakat menahan lapar dan dan dahaga malah ia melatih diri kita supaya menjadi seorang yang sentiasa bersabar. Selain memperolehi pahala yang banyak, puasa juga boleh menyihatkankan tubuh badan kita. Ayuh!~ apa tunggu lagi? esok, bangun sebelum subuh, bersahur dan berpuasalah.



No comments:

Post a Comment