Friday, January 13, 2012

Dora tiada

Dah berbulan2 x nampak kelibat Dora si kucing. Mana dia pegi agaknyer yer. Rindu rasanya. Walaupun saya ada elergik dan xleh dekat2 ngan kucing tapi saya tetap ambil berat pasal Dora. Bagi makan, main2, jentik2 kalu degil dan paling xlupa Dora mesti datang bila di panggil.

Dora si kucing yang memilih makanan...Frieskies xnak makan, tp nasi putih ngan keropok keras main telan pulak. Dia faham kalau saya marah n cepat2 angkat kaki bila nampak saya sergah. Walaupun hanya seekor kucing tapi kesucian  jiwanya mengikat kasih sayang antara kami..cewah..

Apa2 pun semoga Dora sihat2 sentiasa, panjang umur dan murah rezeki walau dimana saja dia berada.
Salam rindu buatmu Dora. :-(

Saturday, October 22, 2011

Lagi Cerita Dora

Dora Si Kucing zuhud datang tiap2 hari ke rumah oren. Skang rezeki dia sangat melimpah ruah..hehe...Sebabnya,  Cik k.Y selalu beli makanan kucing n bagi dora n anak2 dia makan. Nasib baiklah si Dora nie xwat perangai dalam umah oren, lepas makan jer dia terus keluar.
Anak Dora, ntah dari generasi ke-berapa, dah mula berani masuk umah oren. xkisah kalau yg perangai baik. Tapi Si Doris, anak Dora yg paling besar, suka datang n bwak geng dia yang suka berak dan kencing merata2. kesudahannya, Si Doris di Black lisat dari memasuki R.O.
Anak Dora, yang sekor tuh ader yang bulu kembang...comel sangat...yang nie jek yang lain dari adik beradik yang lain walaupun rupa parasnya masih mengekalkan rupa Si Dora...Harharhar...Apa boleh buat.......Genetik Si Dora sangat kuat. hehe~ Apa nama Si anak Dora nie? Ermm...Saya kasi nama Remi. Kenapa nama tuh? sebab dia betina laa..."mi" tukan untuk nama2 betina (tah sapa tah yg tetapkan.....*peraturan penamaan Si Jelita*)
Seekor lg si anak Dora yang selalu datang ke R.O, dan rasanya sama peringkat dangan Si Remi, bermuka sebijik saling x tumpah macam Dora. Macam kena Fotostat...Hoho..Jadi saya letak namanya Fotostat. Hahaha~ kena tipu! bukanlah....saya kasi nama Redo. Kenapa nama nie? ...laa...tanya lagi, dah ada Mi ngan Re, mestilah ada Do..tukan asas muzik...mana boleh tinggal..hoho..
Cukuplah dulu cerita si Dora nie, penat dah jari jemari I yang gebu nie menaip~ hoho~






Indahnya Nikmat Tidur

Sebelum ni saya langsung xterfikir bahawa tidur adalah satu rahmat yg tidak ternilai harganya. Saya selalu merungut, setiap kali ingin memulakan kerja, saya pasti rasa mengatuk. Malah saya juga tidur xtentu masa dan sejak akhir nie saya tidur pukul 2,3 pagi dan bangun bila subuh tiba....siang berjaga sepanjang masa. Tidur yg sangat xteratur.
Allah itu Maha hebat! Hari rabu lepas, hinggalah sekarang, saya deman. 2hari saya langsung xdapat tidur walau seminit pun. Ya Allah! hanya DIA yg tahu bertapa siksanya. Saya telan ubat deman selsema yg dijamin mengantuk. Memang lepas tu saya rasa mengantuk sangat, letih sangat...tapi langsung xleh tido. Habis ubat deman selsema, saya telan pulak panadol, tp mata saya tetap degil. Puas saya pejam mata, puas saya bergolek kekiri dan kekanan, saya berzikir dan berdoa, tapi tetap xberhasil.
Ya Allah! begini rupanya bila seseorang tu terkena imsonia. Deman dan xdpat tidur buat badan saya letih berganda2. seluruh badan bergetar2 keletihan. Sel2 badan terasa letih sekali, sendi2 terasa lenguh. Sangat sakit........Sangat letih.......Sangat tersiksa...Hanya Allah tahu.
Saya keklinik semalam (jummaat). Dr. yang baik hati bg ubat batuk yg paling kuat dan mengatuk. Balik rumah, saya terus telan ubat, saya naik katil dan saya berdoa pada Allah....." Ya Allah! aku tahu aku hamba-Mu yang xbersyukur, Ampunkan aku Ya Allah! Ampunkan aku Ya Allah! Ampunkan aku Ya Allah! Janganlah kau tarik nikmat tidur dariku. Tolonglah hamba-Mu ini. Amin"
Allhamdulillah...saya tidur dengan nyenyaknya dari pukul 12malam hingga 6pg. Saya bangun Dengan keadaan  yg berbeza. Badan terasa ringan, deman mula kebah dan lenguh2 badan juga hilang. Ya Allah! bertapa bersyukurnya saya. tidak terucap dengan kata2. Lantas setelah solat subuh, saya buat sujud syukur. Berterima kasih pada-Nya Yang Maha Esa kerana masih memberi saya merasai nikmatnya tidur.



~Alhamdulilah! Alhamdulilah! Alhamdulilah!~



Orang Baru

Sekarang R.O dah ade 3 ahli baru tau. diorang masuk selepas raya hari tuh, skang dah nak masuk 2 bulan dah. semuanya orang klate...hahaha...dah xmajmuk seperti sebelum nie dah...hehhe..klu ader pun Cik F sorang jelah...die Ghanu mari.
Diorang tu, Kak Yan (Cik K.Y), Naemah (Cik N) dan Nabila (cik B). diorang nia sangat baik dan senang nak masuk geng. nak bawak berbincang pung xder masalah. soo..R.O xsunyi lagi....Yee haa!!

Monday, September 12, 2011

Senyum penuh makna

Hari nih ramai orang mula menjalankan aktiviti senyum2 sebab bayak iklan yang menggalakkan kiter semua senyum.

xdiakui, senyum banyak faedahnye, disamping dapat pahala, ia juga adalah sebagai senaman muka yang paling mudah dan seyuman dapat mengeratkan silratul rahim.

Cuba anda bayangkan.....jika anda pergi ke sebuah bank atas satu urusan, dan anda memberi salam serta senyum pada pekerja di bank tersebut yang bertugas untuk melayan anda, nescaya petugas itu pun akan melayan anda dengan baik2. tapi...bayangkan anda pergi dengan muka masam2, nescaya petugas itu pung rasa nak sepak2 je muka anda.

Kita selalunya ingin orang mempunyai pespektif yng baik terhadap kita, dan tingkah laku serta perwatakan kita selalunya dinilai dari permualaan perkenalan. Jika kita dikenali sebagai seorang yang mudah tersenyum dan mudah bertolak ansur dalam segala hal, mesti berderet2 list orang yang menjadi sahabat kita, tapi kalau kita nih yang jenis masam mencuka cam limau purut, sahkan berkawan nak dekat pun orang xberani.

Orang yang cuba terseyum walapun ketika bermasalah adalah orang yang hebat. Kenapa? ini kerana orang ini akan mendapat kekuatan dari senyuman dan akan cuba mengatasi masalah yang wujud dengan usaha yang xkn putus2. Orang yang suka tersenyum biasanya orang yang senang berjaya dlam hidup. Percayalah!

Namun, seyuman kadang2 banayk cabang maknanya:
1. Senyum ikhlas- senyuman yang bakal mendapat pahala
2. Senyum mengejek- seyuman ni jenis yang suka nak perli2 orang
3. Senyum mengatal- skang nih ramai orang terutamanya lelaki slalu mempraktikkan senyuman nih...so, wahai perempuan2 diluar sana, berhati2lah.
4. Senyuman ketabahan- semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati golongan ini.

kesimpulannya, cubalah senyum2 selalu. Kerana senyum bukannlah sukar dan anda pasti akan merasa kehebatan 'kuasa senyuman' yang tiada tolak bandingannya.

SENYUMLAH~

Senyumlah seikhlas hati, semoga Allah sentiasa merahmati kita.
(sumber gambar;en.google.tq)

Saturday, September 10, 2011

Rumah Terbuka Hari Raya

Semalam adalah satu lagi hari yang paling memenatkan. Mana tidaknyer orang lain yang buat rumah terbuka, saya pulak yang jadik busy terlebih2. Kawan2 saya nie cakap saya terer masak, soo...apalagih saya yang jadi chef laa. 3 dari 5 hidangan utama saya yang masak; mee kari, bihun goreng dah puding coaktail. Hanya rendang dang lemang je tua n rumah yang masak...huhu...tapi api lemang saya jugak yang jaga tau...loh


Kawan saya, kazu nie suker menyusahkan saya yang jelita nih...hehehe. Penat woo masak2. Ingat senang ker untuk orang yang sedang berdiet untuk kekal dengan dietnyer setelah berhempas pulas memasak makanan ynag sedap2. tergugat iman tau. Saya bersungguh2 menhan geladak nafsu makan dan 'hanya' makan semangkuk mee kari, 4 potong lemang, semangkuk coatail, kerepek2 dan ......hheheheehe...Alah! hari nie saya erobik lebih2 laa...mana dapat tahan.

 Aktiviti membakar lemang

Majlis kononyer start kul4ptg-7mlm, tapi disebabkan hujan yang turun mencurah2, rumah dibuka sampai kul10 mlam...ehhehe. Saya nagn Cik I plak p pukul 5 bersama bihun goreng dan puding coaktail. Haa? apa? naper kitaorang p lambat?.... kitaorang tengok cite hindustan sampai habis dulu. ;-p kuikuikui

Ramai gak kazu ajak staf2 UMT dan kengkwan, tapi disebabkan hujan, xramai yang datang..yang betul baik hati jer yang datang. wuuu...terharu. time kasih pada yang datang. Ramai yang puji masakakan kitaorang sedap n suh kami bukak kedai makan. hoho...klakarlah..

Apa2 pun, thanks pada kazu, Z, sab, Zal, dana yang lain2 sebab menadakan rumah terbuka nih. ntah biler plak kami dapat bersama macam ni lagi...sob3.

Thursday, August 11, 2011

Jalan2 dan Melawat muzium

Semalam, saya dan cik Y telah ke bandar. Mula2 kami ke ASNB kuar duit sket (sket jelah pasal memang ader sket jah..hahahaha). Pastu kami ke MBKT beli tiket untuk Cik Y balik Johor (wuuu...sob3..dier nak tinggal kiter dah). Sambil2 tuh sempat gak naik kat tingkat atas MBKT tu, cik Y beli kain batik sarung untuk neneknye.  Singgah lak kat PSI (Putaka Seri Intan) tepi MBKT tuh nak cari Majalah pendidik dan Majalah Maskulin...tapi 2-2 xder...bergerak plak ke PSI-2 yang berhadapan dengan kompleks2 bank tuh...tapi majalah Maskulin jer yg ader, Majalah Pendidik langsung xjumpa...habis kot..Tapi muka Cik Y memang xleh blah..cam kecewa giler2..yelah...mana xnyer, dalam 2-2 majalah tuh ader artikel pertama En. Abenyer/Tunangnyer..so dia betul nak memiliki. Aiii...nak wat camne...sabar yer cik Y. Dah dapat satu tu dah kira bagus tau. Syukur Alhamdulillah!~

Dari PSI kami bergerak pula ke Desa Murni, gedung pakaian di Kg. Kubang Tangga. Time tuh dah kul 12 tghr. Wuah!! panas giler! dan haus giler2!! kalau bukan bulan puasa nie, maunyer bergeleng2 air kami telan...tapi sebab puasa, "sabar yer tekak, sabar~". Sejam gak kami kat dalam desa murni tuh..tawaf punya tawaf akhirnye Cik Y telah berjaya membeli  sepasang kain yg berukuran 4 meter untuk wat baju kurung. itupun setelah jenuh memilih dan membuat perbandingan sebanyak 441 kali....hehhehe~

Pukul 1, kami bertolak ker Muzium Terngganu dan sampai kat situ lebih kurang pukul 1.30 tengahari. Ini kali pertama saya datang ke muzium ni walaupun pada hakikatnya saya dah bermastautin kat Terengganu ni dah hampir 8 tahun...hehehe...Kalau laa Cik Y x ajak saya datang memang sampai kesudah ler saya x sampai2 ke muzium nih. Cik Y beria2 nak datang sebab hari masa dia, cik D n cik I datang muzium, katanya diaorang xsempat menjelah seluruh muzium. 

Masa kami sampai tuh, langit nampak mendung dan wujudnya awan gelap. hoh! tanda2 nak ujan...tapi Cik Y buat2 x percaya (sebab dia nak gak melawat muzium..hehehe). Lepas parkin kami p surau, tapi tumoang buang hajat jelah sebab ader pak cik2 yg duk tido kt atas beranda surau. Soo...kami terus pegi membeli tiket untuk masuk kedalam muzium. Hoh! tinggi betul tangga dia, lenguh sungguh nak mendaki. tapi yang seronoknya, biler jalan kat atas tangga2 tuh dapat lihat banyak ikan2 berenang didalam kolam dibawah tangga. Best! Kami beli 2 tiket (2 ler..sebab 2 orang.hehehe). Ah! duit tiket x bayar lagi kat cik Y...lupa plak.. jap agi akak byr yer Cik Y..heh. Masa simpan barang, Mak cik kat kaunter tuh tanya "datang dari mana mek?" cik Y jawab "dari Johor"(sebab dia orang Johor).Nasib baik xcakap dari UMT...kalau x, wat malu jek..Mana xnyer, saper xpelik kalau tengah2 hari buta gtu sanggup nak melawat muzium dan ditambah lagi puasa lak. Kalau ckp datang dari jauh mestilah diorang kata "Oh! bagusnya..jalan2 pusing Ganu agaknyer..banyak stamina diorang nih".hahaha~.

2 keping tiket = RM10. Tapi berbaloi2 laa~

Masa masuk kedalam Muzium rasa penyaman udara yang kuat buat kitorang rasa segar sekejap. Ah! selesanya~ kami pusing2 kat tingkat bawah tuh. Kat tingkat bawah nie adanya batu bersurat. Best jugak tengok benda2 bersejarah gini. Pastu adanya galeri tekstil yang memaparkan sejarah Fabrik dan jenis2 Fabrik yang mula2 keluar dulu2 hinggalah Fabrik zaman sekarang. Pakaian2 rasmi pun ada termasuklah persalinan Cik Siti Wan Kembang dan persalinan Puteri Perak. Ada jugak selipar dan terompah orang dulu2 serta tanjak yg biasa dipakai oleh pembesar2 di zaman kesultanan dahulu. Puas pusing2 kami daki tangga naik tingkat 2. Haiyo! daki mendaki nih lemah sket...Penat!~


Pinjam gambar en. goggle jelah...tq


Sampai di tingkat dua kami duduk rehat dikerusi selama 30 saat..kasi hilang mengah jap. sambil duduk2 tuh saya pusing2kan kepala untuk lihat sekeliling tingkat. Muzium ni ditubuhkan pada tahun 1976. Bermula dengan sejarah jumpaan Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902. Batu Bersurat itu dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar Raffles pada tahun 1923, sebabnya xde tempat untuk disimpan.  Setelah Muzium negeri dibina,  Batu Bersurat telah diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri Terengganu dari Muzium Negara pada Julai 1992. (Hebat x ulasan saya? Hahahaha~ semuanya copy paste saja dari laman web Portal rasmi Museum negeri tengganu).





Kat tingakat 2 nie ada 3 bahagian utama ditingkat Galeri kraf, yang memaparkan zaman kegemilangan industri kraftangan yang diwarisi zaman-berzaman. Kesemuanya dihasilkan dengan menggunakan teknologi tradisional berasaskan kemahiran dan kepakaran yang bermutu tinggi, halus dan mempersonakan boleh belajar cara-cara membuat barangan tembaga. Galeri ke 2 ialah Galeri "Raja Kita" yang memaparkan sejarah2 Raja2 Melayu dan Raja2 negeri terengganu. Disini juga ada persalinan lengkap raja2 yang dipakai semasa majlis2 dan lawatan2 rasmi. Keris2 milik sultan2 terengganu yang terdahulu pun ada tersimpan disini. Naik Kuning mata saya tengok semua barang2 berdaulat nie..hehehe. Satu bahagian lagi ialah Galeri petroleum. Kat sini ada tunjuk alat2 dan penulisan tentang cara2 melombong petroleum. Replika2 kapal lombong minyak pun ada...seronok betul tengok benda2 gnie...best! best!...boleh tambah ilmu.


Kat tingkat 3 plak adanya barang2 dari zaman paleolitik, mesolitik dan hinggalah ke zaman moden. ada jugak duit2 syiling keluaran pertama dan ada juga pokok emas. Sebenarnya ada jugak Galeri Islam, tapi saya dah lupa kat tingkat mana, rasanya kat tingkat 3 jugak.Pertengahan tingkat 3 adanya galeri ilmu kejadian. Galeri nie memaparkan koleksi flora, fauna, batuan serta mineral yang terdapat di bumi negeri Terengganu. Ada banyak replika2 binatang serta binatang2 sebenar yang telah diawet termasuklah ikan, dolphin, ular, rangka dinasour, singa, harimau, kancil, rusa, tapir,  burung2 dan banyak lagi lah....xingat ler kalu nak sebut satu2.



Keluar dari bangunan utama nie kami berlari2 anak untuk ke galeri pelayaran dan Perdagangan. Kenapa2 lari anak?...sebab... Hujan dah mula turun, mula2 rintik2 pastu tiba2 turun dengan lebatnya (soo lari2 anak dah bertukar jadi lari2 dewasa~hohoho). Masa kami sampai kat galeri ni yang berupa sebuah rumah kayu,rumah tradisional Melayu iaitu Bujang Berserambi. Ada beberapa orang pekerja kat bawah...tetapi kat dalam xder sesape pun..jadi, apa lagi...kami pun jalan2 laa cam rumah sendiri...hujan turun dengan lebatnyer. Rumah nie ada 3 bilik berasingan. Bilik2 ni menyimpan barang2 dan sejarah yang memperlihatkan sejarah dan latar belakang perahu-perahu besar yang pernah digunakan untuk berdagang pada satu masa dulu di negeri terngganu Disamping itu, bahan-bahan yang turut dipamerkan termasuk model jenis-jenis perahu besar, peralatan-peralatan tradisional yang digunakan dalam proses pembinaan, alat-alat pelayaran, pedoman dan sebagainya. Koleksi yang paling menarik adalah dua buah perahu besar asal, yang sempat diselamatkan untuk diabadikan di tapak pameran Muzium Negeri, berdekatan galeri tersebut. Perahu besar tersebut dinamakan SABAR dan KEMAJUAN (tapi dapat tengok dekat sebab sedang dibaik pulih).


Disebabkan hujan turun dengan lebatnye, kami terpaksa berteduh di galeri ini dahulu selama 20 minit. dan disebabkan terlampau lenguh pinggang, saya berbaring kat dalam galeri ni sambil cik Y cover line takut sape2 masuk. Yang bestnyer, ...dahla berbaring, pastu bukak pulak tv...5 mint saya duk gitu dan tiba2 saya tersedar. "Hesh!! aku nie dah betul2 wat cam rumah sendiri lak..hahha" Cik Y dah gelak guling2..cik Y siap cakap, mesti kalau Cik D ada sama, mesti diapung dah terduduk2 dan terguling2 kat situ tengok gelgat saya...hhehe...nak wat camne? penat wooo...nak bwk moto lagi...hehhehe..harap2 betul2 xdop cctv..heh. (dah chek dah..tapi xtau lah klu tersorok kat mana2..huhu, memang haru ler)


Selepas hujan reda, masa tuh dalam kul 3.00petang, kami pun bergerak ke galeri terakhir..Kalau xpegi, xtau biler lak nak datang, lagipun cik Y sangat beria2 memandangkan galeri nie yang dioarng x dapat masuk hari tuh sebab dah tutup. hei..kesian pulak. Soo redah jelah..tapi berlari2 anak gak untuk mengelakkan ranting2 yang jatuh disebabkan angin kuat.


Galeri terakhir ni ialah Galeri Perikanan dan Taman Laut. Galeri ni memaparkan perkembangan teknologi yang digunakan dalam bidang perikanan oleh para nelayan tradisional sehingga kepada penggunaan teknologi moden hari ini. Galeri ini juga turut memaparkan kehidupan sumber perikanan iaitu organisma hidupan akuatik.


Semasa keluar dari galeri nie, kami menyusuri jalan yang terdapatnya rumah2 lama seprti Rumah bujang dan istana di zaman dulu. Semuanya terdiri daaripada kayu dan berdindingkan buluh. Hebat sungguh seni bina rumah2 ni. tapi sayangnye, pengunjung hanya boleh lihat luaran rumah sahaja dan x dibenarkan masuk kedalam...yelah..rumah nie kan dah lama, mestilah lantai dia dah berkeriut2 kalau dipijak nanti...silap2 hari bulan boleh runtuh pulak...hehehe. Tapi sayangnyer sekeping gambo pung x amik sebab awal2 tadi orang tuh kata xleh amik gambar dalam galeri. Tapi disebabkan sayer nie terlampau baik dan jujur, sekeping gambar hatta kat luar pintu pagar Muzium pun  kami xamik...aiiiii~

Pukul 3.30ptg, kami keluar dari muzium dan merempit balik ke rumah. Di bandar masih hujan rintik2, tapi masuk jer gong badak...Haih? panas giler...xdok ujan sebutir pung...Subhannallah!~ Sampai di RO, kami cepat2 mandi dan solat dan tertido sekejap hinggalah pukul 6.00png kami keluar membeli nasi berini n nasi arab untuk berbuka puasa (xlarat dah nak masak). yang ajaibnye, malam tuh saya x dapat tido walaupun penat, sebalaiknyer orang yang membonceng kat belakang pulak tido mati. Hoh!~

Harap2 satu hari nnt, bole pegi lagi lawat muzium bersama family. Bagi sesape yg memang duk kat Ganu nie...patut pegi larr...sekurang2nyer anda dapat merasai kenyaman Aircorn kat muzium tersebut terutamanya di Galeri Pelayaran dan Perdaganan. Best giler, boleh buat tertido kar ctu. Harharhar~